Showing posts with label Banci. Show all posts
Showing posts with label Banci. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

My Feeling T0wards Him???

Smlm tiba2 terima sms dari HOD.. bgtau hari ni keja g ofis kul 7 sbb ade keja nak settle.. ok.. aku tak kisah sgt pun.. x de problem nak bgn awal... tapi malam tadi mmg aku x leh tdo.. x tau la nape jd macam tue...
Then dapat sms dari salah sorang pembanci aku . .. lama gak la tak bersms ngan dia .. dia bgtau dia dapat keja kat Statistic gak.. satu ofis ngan aku... tiba2 perasaan aku jd lain macam.. aku x tau la nape.. yg aku tau .. aku x penah ade perasaan lbh dr kawan memandang status diayg n juga perbezaan umur yg ketara... tapi aku macam dkt ngan dia.. kenal masa banci kurang 3 bulan tapi macam dah kenal lama.
Ramai cakap dia poyo... n ramai x sk kat dia tapi bila dah slalu lepak sama2 masa banci.. mmg seronok lepak bersama.. macam2 topik n isu leh cite.. walaupun dia masih muda... tak di nafikan aku senang kenal ngan dia... aku pun tak tau la nape dia pun macam senang ngan aku... ape2 prob or keja mesti dia inform pada aku... i dont know why..sampaikan kwn2 aku mengatakan aku ade skandal ngan dia.. hahahaha.. ridiculous.. tapi tah. tak tau nak describe macam mana relationship nie..

Monday, September 20, 2010

Surat Penghargaan & Sijil




Banci dah hampir sebulan berlalu.. sebagai penghargaan, kami di berikan surat penghargaan dan sijil.. bertambahlah koleksi sijil aku.. walaupun terpaksa menghadapi bermacam halangan dan dugaan sepanjang banci tapi alhamdullilah semuanya selesai mengikut perancangan...




Sunday, September 5, 2010

Gaji Oh Gaji

Lepas keluar aduan rakyat pasal pembanci di KL tak dapat gaji, esoknya terus para pembanci terutamanya di daerah Hulu Langat dapat gaji.. wah syok nye.. dapat dkt2 nak raya...
Tapi malangnya para penyelia lak yg terpaksa menunggu lagi ekoran gaji we all yg blum dapat.. huwaa... raya dah dkt nie.. x syok nak beraya bila duit tak ada..
Dua hari lepas dgr Buletin Utama bahawa gaji akan dapat sebelum raya... harap2 dua tiga hari ni la gaji keluar.. bosan laa bila tak berduit nie...

Wednesday, September 1, 2010

Aduan Rakyat -

Wah glamer Jabatan Perangkaan Malam ni... tup2 Karam Singh Walia dapat tau kes or masalah pembanci.. semuanya pasal kes x dapat gaji n juga claim...
Penjelasan dari orang-orang berkenaan memang tak munasabah langsung.. aku pun hadapi benda yang sama gak... masa nak panggil orang keja bukan main lagi.. tapi bila bab gaji n claim di bangkitkan semua tak nak bertanggungjawab.. sedangkan yang salah mereka gak...
Gaji bulan Ogos still lum dapat.. claim bulan Julai pun sama... bayangkan laa raya dah hampir tapi gaji tak dapat.. alasan dorang..??? Finance cuti awal sebab raya??? Pe kejadah nya.. sepatutnya cuti di bekukan laa.. fikirlaa beribu-ribu bekas pembanci ni perlukan duit tuk raya.. ni tak.. pentingkan diri dorang je .. n diberitahu gaji hanya masuk selepas raya.. mmg tak patut.. malangnya jadi pekerja sambilan ni.. suara or pendapat tak di hiraukan...
Harapan aku selepas keluar aduan rakyat.. gaji para pembanci ni dapat keluar sebelum raya supaya senang hati mereka-mereka ini untuk beraya...

Sunday, August 29, 2010

TamaT

28 Ogos... tamatlah perkhidmatan aku sebagai seorg penyelia banci... walaupun banci dah tamat 22 Ogos hari tu.. tapi masih banyak keja yang perlu aku selesaikan.. bermula 23 Ogos sehinggalah 27 Ogos.. hari2 aku stay back sehingga 4 pagi bagi menyelesaikan perkara tertunggak.. memang agak memenatkan tapi semua itu tak menjadi halangan.
Perkara-perkara yg aku lakukan sepanjang minggu adalah seperti check keja2 pembanci yg sudah diselesaikan.. memang agak frust kerana ada info yg tak valid sehinggakan aku terpaksa turun padang dan membanci beberapa rumah tersebut.. walaupun penat tapi terpaksa gagahkan jua... memang agak terkilan kerana kerja yg diamanahkan tidak disempurnakan dengan jujur tapi sebagai manusia semua tu tak dapat di elakkan.. Banyak sangat perkara yang terjadi sepanjang tempoh aku bertugas sebagai penyelia... kenangan manis.. pahit memang akan ada.. tapi semua tu akan ku simpan jadi kenangan terindah...

Friday, August 27, 2010

Only less than 24hours left....

Yeah.. keja aku akan tamat tak lama lagi.. tapi minggu ni memang minggu yg amat penat n tak cukup tido.. since awal minggu.. hari2 keja siang masuk ofis as usual.. kul 10 lbh n kul 4 dah balik coz terikat ngan schedule hari2 balik ofis, g bazar.. then balik umah.. lepak2 n berbuka ngan mama kat ofis .. pastu g ofis aku balik kat Semenyih.. and kul 3-4 pg baru balik.. mmg memenatkan.. minggu ni adalah minggu menjadi kelawar n terpaksa bersengkang mata untuk siapkan keja2 penutup bagi BANCI 2010... cepat gila masa berlalu.. tup2 dah over pun Banci .. and aku leh jamin results statistic amat tidak valid langsung apabila mengenangkan respond yg begitu menyedihkan.. tapi tak leh salahkan sesiapa.. ada yg tak nak memberikan kerjasama kerana fahaman politik yg berbeza or anti gov.. hmmm.. tapi tak sedar.. yg anak2 dorg tu sekolah kat sekolah gov, masuk ipta under gov n ko sendiri keja ngan gov.. memualkan bila isu politik menjadi batu menghalang kepada keja2 Banci nie.. then masalah bahasa gak menjadi isu.. perkauman .. aduhai banyak sangat.. mental manusia amat menyedihkan di zaman globalisasi masa kini.. masih wujud rupanya masyarakat yg jahiliah.. tak ikuti perkembangan semasa sedangkan iklan BANCI, sms Banci .. bersepah2.. tah laa.. mmg sedih n menyakitkan hati... aku tak sabar nak hbskan keja nie.. tak larat sangat.. tdo sehari 3 -4jam jek.. mmg memenatkan...

Wednesday, August 18, 2010

Lagi Beberapa Hari Je

Pejam celik, pejam celik.. dah hmpir 3 bulan aku bekerja ngan STATS.. n jawatan aku hampir tamat tak lama lagi.. n minggu ni laa last aku akan berjumpa dengan pembanci-pembanci kerana khidmat mereka hanyalah sehingga 22 ogos.. tak sangka begitu cepat masa berlalu..

Macam-macam halangan dan dugaan sepanjang aku jd penyelia nie.. first time jadi leader.. mmg byk kena improve.. selepas ni akan menganggur semula.. hai.. benda paling aku tak suka ialah pegi interview.. mana la nak cari keja lak pas nie..

Pastinya aku akan merindui saat-saat bersama teman-teman sekarang ni.. Selepas ni masing-masing akan membawa diri dengan keja masing-masing.. Harap semua tu tak kan berlaku tapi masa tetap akan berlalu..

Friday, August 13, 2010

Kasihani lah Mereka...



Alkisah para pembanci yang terpaksa menghadapi kerenah-kerenah yang bermacam-macam ragam.. Tak tau la kalau aku terpaksa menghadapi situasi macam tue.. mahu menangis aku bila di halau, di herdik..

Tapi apa la yang mereka boleh buat. Sekadar menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan... Harap anda-anda semua memberikan kerjasama dan bertimbangrasa... Memang ada segelintir yg membuat keja sambil lewa n kurang ajar tapi tak kan laa kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

Sunday, August 1, 2010

Visitor Makin Kurang

Huwaa... check nuff tgk UV dah makin berkurang.. ini laa gara-gara bizi yg terlampau sampai tak update blog.. sedihnya.. nak berblogwalking pun terhad.. mmg trk tul merudum .. susah gak rupanya nak maintain UV.. kena selalu bersama-sama ngan lappy ke mana saja arah tuju.. tapi keja macam aku ni menuntut aku byk keja di field.. di mana masa tuk melayan tenet amat terhad.. awal2 keja mmg best laa dok melepak je kat ofis.. skrg ni baru la tau betapa susahnya keja sebagai penyelia nie.. apa2 complaint kena settle, masalah responden kena settle.. nak wat report lagi.. pening .. pening.. patutlaa ari tu check tekanan darah tinggi.. agak tinggi.. 135/89 ... ade skit stress di situ.. hope tak melarat laa.. mayb HBP tu tinggi sebab tak cukup tdo n selalu balik lewat..

Saturday, July 31, 2010

Unbreak My Heart ...

Hahahaha.. tajuk yg poyo.. tak de kena-mengena pun.. hari ni as usual g office. Tu pun sebab org call .. kalo tak, mesti lagi lewat la aku sampai ke ofis..

Rupanya pasal report lagi.. isk tense betul la aku .. ade je yg tak kena... penat.. penat.. then pas edit pape yg berkenaan, baru la leh hati senang nak g lunch.. Lunch kali ni jauh benor dari ofis kami yg kat Semenyih tue.. kali ni tujuan kami ke D'Muar @ Jalan Cheras-Kajang.. hehehehe.. best makanan kat sini sebab tu ramai tul orang.

Pas lunch terus balik ke Semenyih. Kali ni ikut orang g banci lak.. best gak keja membanci nie.. x sampai sejam dapat settle 7 rumah.. tak la susah mana pun.. thanks sangat pada yang bagi kerjasama walaupun tu kawasan cina & tak fasih bahasa malaysia..

Thursday, July 22, 2010

I Need A Sweet Vacation...

Memang nak sgt spend time tuk rest.. penat sgt skrg nie.. otak ni macam dah tak leh nak tampung dah ... betul2 nak sgt g bercuti or paling mudah sekali manjakan diri kat spa.. bestnya.. tadi time tension n stress siap leh terbayang kan betapa bestnya kalo dapat g spa.. hahahaha.. leh berangan lagi tue.. maklumlah semuanya tengah stress sampaikan bos kami nasihatkan kami supaya jaga kesihatan.. dia tak nak staff di bawah dia di serang tekanan mental or high blood pressure bila banci dah abis.. kelakar tue... tapi kenyataan.. sape leh bg cadangan.. kat mane nak g tmpt or vacation yg sweet n leh rest..

Wednesday, July 21, 2010

Penatnye....

Hari yang memenatkan .. Sebab pe penat??? Sebab nak hadapi complain.. tak settle2 lagi rupenya.. isk penat arr nak melayan kerenah org.. Penat check document lagi.. nak wat report lagi.. isk macam-macam laa.. mmg penat.. penat mental mmg tak leh wat pape laa... penat sgt2 ni.. sok ade meeting lak.. post mortem pasal fasa pertama banci.. Takut n risau gak coz nanti nak menjawab problem-problem yg muncul ketika activit pembancian di jalankan.. Hai.. penat lagi laa sok...

Sakit Mata Memandang


Pe yg sakit??? Mata yang sakit laa.. sebab kena memandang kerja yang bertimbun-timbun tue.. penat tul.. keja tak habis-habis.. kena check beratus-ratus dokumen.. mau berpinar mata nie.. dengan tulisan yang tersgt la cantik tu lagi laa wat mata ni malas nak memandang.. hakhakhak.. bila dah malas nak memandang, mula la bgtau bos... suh bos semak n bagi komen.. sian bos.. selalu jadi mangsa .. hak hak hak...

Tuesday, July 20, 2010

Meeting...


Pagi tadi meeting ngan PP, PD n penyelia utk 4 group. Memang penuh office kami hari tu.. Nak tau mslh2 yang timbul dan progress fasa 1 yang dah nak close 22hb ni.. Group kami mmg tak de sgt mslh.. cuma timbul masalah ngan responden yg enggan berikerjasama.. sampai menyusahkan keja-keja pembanci. Then ade gak pembanci yang tarik diri sebab dapat keja lain, n ade gak pembanci yg wat hal bila gaji x dapat-dapat... Pas abis je meeting, trs minum pagi.. menu mmg best sgt.. nasi lemak.. nasi lemak ni mmg best sgt.. terasa kesedapan n kelemakan nasi lemak tue.. siap aku tambah 2 pinggan.. hahaha..

Friday, July 16, 2010

Aku Dah Penat

Penat tul hari ni. Pagi ni masuk lambat ke ofis.. then breakfast.. pastu uruskan pasal hal claim.. lepak2 lagi.. sambil check document .. Pas jumaat.. g melawat kawasan lagi.. kali ni agak susah
sebab melibatkan kawasan kediaman di dalam ladang kelapa sawit.. Kedatangan kami di sambut dengan anjing-anjing.. bahaya gak kawasan ni.. tapi dah arahkan pembanci lelaki yang uruskan.. tak sanggup nak bagi kat perempuan..
Majoriti pembanci dh siap 80%.. alhmadulillah.. weekend ni leh settle semua.. tapi pas ni agak susah coz nak check segala document lengkap n menepati kehendak Penguasa Daerah.. Harap-harap tak de la masalah...

Thursday, July 15, 2010

Rumah Aku Sudah.. Rumah Kamu???



Sebenarnya ni pasal banci laa... Balik keja tadi sampai umah dalam kul 8lbh.. tup2 nmpk kad seperti di atas.. maknanya rumah aku sudah di banci.. Untung budak tu coz aku dah siap isi form n tinggalkan pada mama.. tunggu dorang datang and bagi je.. Sebab aku kesian ngan dorang nie.. byk sgt borang nak diisi.. sbb tu la aku tolong...

So nak minta tolong la pada semua supaya bagi kerjasama. Kalo kad tu tertanggal, tolong la tampalkan balik supaya nanti selesai banci akan ada Penyiasatan Selepas Banci di mana masa ni, akan di check rumah-rumah yang terpilih.. so bila nampak kad tu tau la rumah tu sudah dibanci..

Wednesday, July 14, 2010

Selesai Suda...

Keja dari semalam yang tertangguh siap akhirnya.. Ni gara-gara balik umah tak wat keja.. hahaha...
Sebenarnya kena wat report sebab nak tgk progress tapi disebabkan sepatutnya mlm Isnin meeting tu kena jumpa pembanci tapi ade yg tak leh attend.. tu yg melarat sampai ke pagi Selasa n membuatkan report tergendala.. Then wat pelan-pelan sambil dengar gosip-gosip liar kat ofis.. hahaha... Pastu nak temankan pembanci jumpa responden, so stop dulu laa.. karang balik ofis baru smbung tapi tak jadi gak.. adik call.. suruh amik kat hostel Teknik Kajang tue.. demam katanya.. so dengan senang hati pegi la amik dia.. cakap kat boss kena balik amik adik.. so boss suruh email kat dia.. aku no problem langsung.. dah tue.. selepas amik adik terus ke site.. pembanci panggil.. ingatkan nape tapi saja ajak lepak n bincang-bincang pasal keja.. lepak punya lepak kul 5 baru balik.. isk ... penat.. malam smbil tengok hotel mania, baru la siapkan n email pada boss.. sori boss.. lewat.. hehehehe..

Tuesday, July 13, 2010

Masalah Lagi..

Lagi-lagi masalah dengan pembanci.. Nasib la pembanci aku tak de masalah.. alhamdulillah.. cuma dorang ni bekerja so time limit je nak banci.. Harap-harap dapat siap on time...

Semalam.. ade pembanci yang diserang responden.. Ini pun gara-gara mulut badan binasa.. Dah masuk kawasan orang, kenala pandai-pandai bawa diri.. ini tak.. mulut celupar.. tak pasal-pasal kena kepong kat kawasan orang.

Walaupun penyelia dah turun padang nak settle, tapi responden tak nak beralah.. sampai laa ke Penguasa Daerah masuk campur... tu pun tak puas hati lagi.. macam-macam hal laa.. pembanci satu hal, responden pun satu hal...

Sunday, July 11, 2010

Meeting

Pagi ni ade meeting ngan PD.. penyelia n pembanci sekali.. Nak discuss problem yg dihadapi setelah 5hari start banci... n fasa 1 banci akan tamat 15hb ni... so kena rush skit coz ade pembanci di bawah aku yg masih lum sampai target 60% seperti yg di kehendaki...
Meeting pasal pengisian dokumen yang berterabur.. tak kemas.. tak lengkap.. n then ade gak yang salah isi.. Semuanya di tekankan.. tak lupa ke include masalah-masalah ngan responden.. yg tak nak bagi kerjasama laa.. yg ugut x percy gov laa.. isk pening di buatnya...
Ada gak kes pembanci diterminate.. kes penyamar, kes tak buat keja betul-betul, just lepas tangan jek ... bila dah kena spotcheck baru la kelam kabut kan.. tapi dah terlambat.. harap-harap pembanci aku ok la.. x de problemm

Friday, July 9, 2010

First Meeting Semalam..

Semalam first meeting ngan pembanci selepas 3hari banci bermula.. Tak de la formal meeting pun.. just nak tau progress para pembanci di bawah aku.. Alhamdullillah semuanya ok.. tapi ade gak yang ada masalah... Antara masalah yang melanda mereka:
1. Masalah bahasa - ada gak rakyat malaysia yang tak tau bahasa malaysia
2. Diskriminasi - ramai Chinese yang tak membenarkan para pembanci membanci mereka.. tapi bila penyelia Chinese dah terangkan pada mereka.. boleh lak bagi kerjasama
3. Anti Kerajaan - yang ni plg teruk.. cakap tak percy kat gov laa.. isk macam2
Masa dengar dorang ni punya problem aku gelak la jugak.. just nak bg dorang selesa ngan aku.. tapi kesian pun ada.. bg pembanci yang dapat kawasan Melayu mmg bernasib baik sangat.. ada yg dihidangkan air.. makanan.. untung mereka..