Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Mari Memasak Nasi Kerabu (Resepi)

 Sejak first time makan nasi kerabu.. memang aku dah suka sgt ngan nasi kerabu.. ni kali kedua la nasi kerabu di masak di rumah aku.. so sbb nak simpan resepi nie.. supaya nnt aku leh try masak sendiri .. so abadikan laa dalam blog nie.. so mari laa kita tengok bahan - bahannya...

Bahan A

Bawang besar 5 biji
Bawang putih 3 biji
Halia satu inci
Serai dua batang
Cili kering 20 - 30 (direbus terlebih dahulu)
Kisar semua bahan di atas, cili dikisar asing - kisar dengan air masak

Santan (sebiji kelapa)
Budu (sebotol besar)
Daun limau purut
Asam keping (2)
Gula melaka (3 keping yg nipis) 

Campurkan semua bahan A dan masak sehingga agak pekat, tidak perlu menggunakan minyak.

Bahan B

Kelapa parut (2 biji) digoreng sehingga garing
Ikan sardin sekilo (rebus dan buang tulang2.. ambil isi sahaja)

Setelah siap digoreng, digaulkan bersama ikan sardin dan sedikit bahan yg dikisar

Bahan C

Ulam yang kami gunakan adalah daun kesom, bunga kantan, kobis, kacang panjang dan juga timun
potong halus-halus
Bahan D

Nasi dimasak dengan pewarna biru dititik sedikit dan letakkan daun pandan


Ok.. dah siap resepi untuk nasi kerabu.. untuk lauk boleh lah buat ikan goreng tepung, ayam or daging bakar, telur masin dan juga keropok..

Selamat Mencuba...








~ iLLa fYRa ~

Sunday, January 13, 2013

Spagetthi Olio

Bahan2 Yang Diperlukan
Spagetthi 
Olive oil
Bawang Putih
Stok Ayam
Oregano
Chilli flakes
Parsely
Lada Hitam
Seafood - terpulang nak letak ape.. aku suka udang n sotong

Sebelum tu dah siap rebus sotong n udang dulu

Air rebusan

Panaskan minyak zaitun

Masukkan bawang putih

Dah garing bawang putih tu, masukkan satu senduk air rebusan seafood tadi

Pastu masukkan oregano

Chilli flakes, kalau nak pedas lagi letakla byk

Parsely jgn dilupakan

Lada hitam secukup rasa

Stok ayam

Finally garam

Gaul semuanya dan biarkan seketika sampai dah masak semuanya

 Barula masukkan seafood tadi

Then spagetthi

Gaulkan semuanya bagi rata

Dan akhirnya siap laa Spagetthi Olio.. senang .. simple dan cepat.. yang penting sedap

SELAMAT MENCUBA ;)