Sejak first time makan nasi kerabu.. memang aku dah suka sgt ngan nasi kerabu.. ni kali kedua la nasi kerabu di masak di rumah aku.. so sbb nak simpan resepi nie.. supaya nnt aku leh try masak sendiri .. so abadikan laa dalam blog nie.. so mari laa kita tengok bahan - bahannya...
Bahan A
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 3 biji
Halia satu inci
Serai dua batang
Cili kering 20 - 30 (direbus terlebih dahulu)
Kisar semua bahan di atas, cili dikisar asing - kisar dengan air masak
Santan (sebiji kelapa)
Budu (sebotol besar)
Daun limau purut
Asam keping (2)
Gula melaka (3 keping yg nipis)
Campurkan semua bahan A dan masak sehingga agak pekat, tidak perlu menggunakan minyak.
Bahan B
Kelapa parut (2 biji) digoreng sehingga garing
Ikan sardin sekilo (rebus dan buang tulang2.. ambil isi sahaja)
Setelah siap digoreng, digaulkan bersama ikan sardin dan sedikit bahan yg dikisar
Bahan C
Ulam yang kami gunakan adalah daun kesom, bunga kantan, kobis, kacang panjang dan juga timun
potong halus-halus
Bahan D
Nasi dimasak dengan pewarna biru dititik sedikit dan letakkan daun pandan
Ok.. dah siap resepi untuk nasi kerabu.. untuk lauk boleh lah buat ikan goreng tepung, ayam or daging bakar, telur masin dan juga keropok..
Selamat Mencuba...
~ iLLa fYRa ~
Nanti Raya hang buat la beb... bleh aku try... :P
ReplyDeleteinsyaALLAH mmg plan camtu pun
ReplyDelete