Showing posts with label Nasi Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Nasi Kerabu. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Malam 1 Syawal


Lepas balik beraya.. sampai umah dlm kul 10.. trs keluarkan bahan2 sebab hati dan meronta2 nak wat nasi kerabu.. huhuhu.. ini la first time masak nasi kerabu sendiri tanpa guru di sebelah... 

Lebih kurang 2 jam gak la nak memasak rencah2 nya tu.. agak complicated walaupun sebenarna sng jer...
ikan dah rebus awal2 so just asingkan isi dgn tulang then gaulkan dengan kelapa goreng dan juga bahan2 yg dah diblender...

Goreng kelapa paling mengambil masa tapi siap juga sepenuhnya... then setelah selesai... baru la menggorengkan ayam.. x sempat dah nak bakar.. just simple je goreng.. pastu goreng keropok.. n siap... 

kul 12 tgh malam kot baru la makan.. punya la excited sampai tak kisah makan nasi tgh2 malam.

inilah nasi kerabu versi utara..




~ iLLa fYRa ~

Friday, April 12, 2013

Mari Memasak Nasi Kerabu (Resepi)

 Sejak first time makan nasi kerabu.. memang aku dah suka sgt ngan nasi kerabu.. ni kali kedua la nasi kerabu di masak di rumah aku.. so sbb nak simpan resepi nie.. supaya nnt aku leh try masak sendiri .. so abadikan laa dalam blog nie.. so mari laa kita tengok bahan - bahannya...

Bahan A

Bawang besar 5 biji
Bawang putih 3 biji
Halia satu inci
Serai dua batang
Cili kering 20 - 30 (direbus terlebih dahulu)
Kisar semua bahan di atas, cili dikisar asing - kisar dengan air masak

Santan (sebiji kelapa)
Budu (sebotol besar)
Daun limau purut
Asam keping (2)
Gula melaka (3 keping yg nipis) 

Campurkan semua bahan A dan masak sehingga agak pekat, tidak perlu menggunakan minyak.

Bahan B

Kelapa parut (2 biji) digoreng sehingga garing
Ikan sardin sekilo (rebus dan buang tulang2.. ambil isi sahaja)

Setelah siap digoreng, digaulkan bersama ikan sardin dan sedikit bahan yg dikisar

Bahan C

Ulam yang kami gunakan adalah daun kesom, bunga kantan, kobis, kacang panjang dan juga timun
potong halus-halus
Bahan D

Nasi dimasak dengan pewarna biru dititik sedikit dan letakkan daun pandan


Ok.. dah siap resepi untuk nasi kerabu.. untuk lauk boleh lah buat ikan goreng tepung, ayam or daging bakar, telur masin dan juga keropok..

Selamat Mencuba...








~ iLLa fYRa ~