Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Mayat Rentung Disahkan Nurul Nadirah

JOHOR BAHRU 12 Mac – Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak yang hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini.

Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu.

sumber: utusan

p/s : Al-fatihah.. semoga rohnya di cucuri rahmat..  semoga apa yg menimpa adik Dirang dijadikan tauladan oleh ibubapa supaya lebih mengawasi anak2.. jangan biarkan anak2 keluar seorg diri tanpa pengawasan...

Wednesday, January 4, 2012

Amalina Che Bakri Menjadi Liar Sejak di UK?



Pagi tadi masa lepak2 kat pantry sementara tunggu arahan dari trainer.. kecoh2 pasal facebook Amalina Che Bakri.. pic2 kat dalam tu semuanya seksi2 dan bertentangan dengan karektar Amalina sebelum ni... mula2 cam tak caya.. mayb teknik photoshop kot.. tapi tak tau la..



 coz masa dia baru2 sampai kat UK mmg ada gak kecoh pasal hal nie.. then senyap2 je.. now.. kuar balik isu ni.. ada yg kata dia gagal dalam A Level.. ada yg kata dia dah balik ke Malaysia dan menetap di Johor.. dan macam2 lagi.. tak tau mana yg betul sebenarnya. tapi kan kalau la bukan pic dia,, nape diremovekan semuanya dari fb tersebut.. pelik2.. or ada org yg dengkikan Amalina ni dan menyebarkan gambar2 tersebut.. tak tau laa.. nnt2 ada la tu penjelasan dari pihak Amalina.. harap2 semua tu hanyalah klon Amalina saja...







Dalam harian metro hari nie... ibu Amalina menafikan yg anaknya tidak lama menyambung pembelajaran dan balik ke JB..

JOHOR BAHRU: “Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.
Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook. 
Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.
“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia
“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

sumber: Metro

Thursday, December 22, 2011

Wang Kertas dan Syiling Baru 2012

Teruja sangat bila tgk koleksi wang kertas dan duit syiling keluaran terbaru.. ceria dan menarik... tak sabar nak tgk duit2 yg real punya..  duit 20 diperkenalkan balik.. dulu duit 20 ni berwarna coklat tapi kini berwarna oren, duit2 syiling emas juga di perkenalkan balik bagi syiling 50 dan 20 sen... 



sumber_ google

Saturday, December 17, 2011

Kisah Ariff Alfian Rosli - Perkahwinan Gay

Terkejut, tergamam .. x sangka jadi pada org Malaysia.. orang Melayu lak tue.. bila baca je cite2 kat blog.. baru la tau rupanya ini yang terjadi.. Sanggup seorg anak melukakan hati ibu bapa nya.. 

Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Ireland.



\

Semoga dia mendapat Hidayah dan berubah serta menghindari diri dari perkara2 yang mungkar nie.. sayang betul.. seorg yg bijak pandai.. tapi boleh terpesong akidah nya sampai berkahwin dengan pasangan sejenis...




Tuesday, December 13, 2011

Hina Malaysia, Hina Islam..

Tak habis2 lagi.. tak tau la pe motif nye.. dulu kes kat FB .. ni kat twitter lak.. dari pe yg aku baca twit budak nie.. dia ni Indonesian.. n kalaupun ko tu bkn Islam .. x yah laa nak menghina or tweet benda2 camtue...

Ni twitter dia Tengku Sophia






Harap2 beliau stop la dari menghina Islam sebegitu rupa.. 

Friday, December 2, 2011

Banjir Kilat di Kajang.. Kejadian 2000 berulang...


Hujan ari ni mmg lebat sgt.. di sebabkan tu kami di beri balik awal bagi mengelakkan perkara2 yg tak elok terjadi.. masa tu kL mmg dah sesak.. dalam kul 4 ptg ... aku just berharap tak de kawasan yg banjir .. coz takut lak terkandas kat tgh2 KL tue.. tadi jalan agak sesak dari biasa di depan Tabung Haji tue.. tapi alhamdullillah selamat sampai umah...
Buka2 je fb tgk ramai post link n pic pasal banjir melanda Kajang.. kalau tak silap aku.. kali pertama banjir teruk pada tahun 2000 menyebabkan kerugian besar pada peniaga2... kali ni terjadi lagi.. so nak share la video n gambar2 tersebut..





Antara video2 yg di post di FB.. teruk sangat banjir kali nie








Monday, September 12, 2011

Tiada Caj Perkhidmatan 6% Tanpa Kelulusan Kabinet

PETALING JAYA – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksana selagi belum ada keputusan kerajaan.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih sebelum melaksanakan tindakan tersebut.
“Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,” katanya pada sidang media, di sini, Ahad.
D’Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.
D’Cruz turut menegaskan tindakan telco yang mengeluarkan notis singkat berhubung isu yang boleh membebankan pengguna sebagai tidak wajar.
Terdahulu pada majlis anjuran Persatuan Malayalee Selangor dan Wilayah Persekutuan itu, D’Cruz menyampaikan anugerah kepada enam individu atas sumbangan mereka terhadap komuniti Malayalee antaranya Rajan Nair, Datuk Dr Nirmala Menon, A.C Pereira dan Prof Dr Aruna Gopinath. – BERNAMA

sumber: Mynewshub


p/s : tapi syrkt Telco ckp lain lak.. caj tetap di kenakan walaupun kabinet x luluskan mcm kes astro.. x leh naikkan harga tp still naikkan gak.... isk camner tue???

Friday, September 9, 2011

Top Up Kena Cukai 6%...

kredit - google

Makin lama makin teruk keadaan kita.. semuanya kena bayar cukai.. tak cukup lagi ke dengan income tax yg di kutip tue.. makin menyusahkan bagi golongan sederhana..  dah la nak top up pun jarang2.. skrg ni tambah tax lagi laa susah nak top up..
Dah diumumkan bahawa cukai 6% akan berkuatkuasa pada 15 September (besday mama aku lak tue ).. kalo bli top p 10 kena byr 10.60.. aish.. rugi tu 60sen... tak tau la nape tax ni tiba2 di perkenalkan... 

Tuesday, September 6, 2011

Petknode - Patut ke minta maaf macam tu jer???

Di bawah petikan dari FB Petknode

Dengan ini, kami, Shahrul dan Yushairi, pemilik perniagaan Petknode Online Pet Store, dengan hati yang tulus ikhlas dan rasa rendah diri, ingin menyampaikan rasa terkilan dan bersalah kerana gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti yang dijanjikan. Kami mengakui kesilapan kami dalam menguruskan pusat jagaan kucing kami sehingga kebajikan kucing-kucing pelanggan diabaikan. Kami amat menyesal disebabkan gagal mendapatkan tenaga pekerja untuk membantu kami menguruskan pusat jagaan kucing dan sebagai perniagaan yang kecil, kekangan modal dan sumber yang terhad menyebabkan kegagalan kami menyediakan tempat tinggal yang terurus untuk kucing-kucing pelanggan. Walaubagaimanapun, kami telah cuba yang termampu untuk menguruskan kucing-kucing pelanggan dengan segala sumber yang ada.

Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing-kucing pelanggan menjadi tertekan, kurang makan dan minum, terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan kami sendiri.

Memang sedih, geram sangat dengan apa yang berlaku.. walaupun aku bukan mangsa yg terlibat tetapi sebagai pencinta haiwan mmg apa yg di lakukan amat kejam..  x sanggup nak wat entri mengenai kekejaman tu.. tak tertaip.. tiap kali baca blog kawan2 pasti air mata ni nak meleleh jerk.. n tadi baru tau .. rakan blogger Kitty World menjadi mangsa kekejaman mereka.. mereka patut di hukum dengan hukuman yang setimpal .. bukan dengan hanya meminta maaf seperti di FB

Saturday, August 20, 2011

myMetro | Warden terkejut pelajar bersalin dalam tandas


Berita ni dikuarkan pada hari Khamis.. keadaan ni terjadi pada Rabu pagi di sebuah sekolah di mana gadis terbabit adalah kawan sekolah dan seasrama dgn adik aku.. mmg agak sedih bila mendengar adik aku bercerita mengenai gadis malang nie.. latar belakang keluarga yg bercerai berai mengakibatkan anak menjadi mangsa.. Si anak tiada tempat bergantung sehinggakan si anak di rogol juga tidak diketahui oleh ibu yg berkahwin lain.. si bapa juga tidak penah tau si anak mengandung.. adik aku mengatakan bahawa si gadis seorg yg pendiam dan sering memencilkan diri dari org lain .. agak misteri.  walaupun penah di tegur oleh kawan2 apabila terpandangkan perut yg membesar, si gadis memberitahu ketumbuhan dan si gadis juga penah memberi kawannya merasa pergerakan di dalam perut nya dan mengatakan agak pelik apabila ketumbuhan tersebut bergerak di dalam perutnya... Kini, si gadis di tempatkan di ICU kerana uri tertinggal di dalam perut dan baru selesai menjalani pembedahan.. Bayangkan seorg gadis yg berumur 17tahun terpaksa menghadapi semua ni dan hanya bergantung harap pada warden asrama dan bukan ibu seperti org lain.. 

Sunday, August 14, 2011

Gaysec Memohon Maaf.. Arlene Tan bukan Makcik Hajjah Sitt Al - Wujara???

Dalam entri INI, Gaysec telah mengumumkan bahawa identiti sebenarnya Makcik Hajjah Sitt Al-Wujara yg menghina Islam .. Tapi hari ni , Gaysec telah menyiarkan surat memohon maaf ke pihak Arlene Tan di mana beliau bukan lah Makcik Hajjah Sitt Al - Wujara yang sebernarnya..  Di bawah disertakan kenyataan rasmi dari pihak Gaysec..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
 
kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini
tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa
kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg
sebenarnya.
 
Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong
beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat
berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam
mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.
 
Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara
umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi
lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.
Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan
beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri.
Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. 
 
Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan
atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.
 
Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al
Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?
 
kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi
sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.
 
Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa
#Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang
bulan puasa ini. Insyallah.
 
Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini
semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`.
Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara
ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`,
dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.
 
Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :). 



smber: Gaysec

Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan Haram BERSIH Memalukan!!!




Entah ape yg best sgt pun tak tau.. sampaikan ade dari Pantai Timur sanggup berhabisan semata2 nak hadiri perhimpunan Bersih nie.. yg bertudung labuh, yg beranak kecil, yg tua tak ketinggalan..


Bukan saja memalukan malah merugikan dan menyusahkan .. ada kedai2 yg terpaksa di tutup kerana takutkan mereka2 ni menganggu.. Laluan ke Stadium Merdeka penuh dengan sampah yg dibuat oleh mereka2 nie.. Bila dah kena tangkap, mula la minta di bebaskan .. Semua dah maklum bahaya mereka2 yg menyertai perhimpunan haram ni akan di tangkap... Malah perhimpunan ni mendapat liputan luas di dunia.. Memang memalukan.. Antaranya CNN... Ada gak pelajar n penduduk Msia di luar negara menganjur perhimpunan nie.. aish.. pe nak jd ngan Malaysia nie...

Bersih di Melbourne

Tuesday, June 14, 2011

Gempa Gegar Sumatera Utara, Putrajaya Turut Bergegar


Pagi td hujan agak lebat .. so mata mulai mengantuk .. tapi nsb still leh fokus wat kerja.. dlm kul 9lbh camtu.. dgr bunyi bising dari arah bawah.. (tingkap di buka coz sejuk sgt) .. Kami di level 2.. Macam pelik bila tgk warga SPA, JKR, JPA, Mosti berduyun2 turun dari bangunan tapi kami still relax.,.. tak lama pas tu baru lah ade pengumuman mengarahkan kami semua turun dan berkumpul di kawasan lapang.. bila dah turun baru dapat tau rupanya ade gegaran.. staff yg duduk di tingkat 4 dan keatas mmg merasai gegaran tpi kami tidak rasa apa2... Masa tu baru la dpt tgk betapa ramai nya warga Parcel C nie.. yg kesian bila tgk kanak2 yg ada kat taska dan tadika di situ.. dengan keadaan hujannya.. then sbb hujan makin lebat.. masuk bgunan dan terus wat kerja.. 


Dalam kul 10lbh, ade lagi satu pengumuman mengarahkan kami turun.. arahan dari pihak bomba.. rupanya bomba nak wat inspection.. nak check kalau2 ada apaa2 keretakan..  Kali kedua ni agak lama... smbil berjalan2 amik pic .. harap2 perkara ni tak jadi lagi laa.. risau gak nie.. coz level 2 tak rasa apa2 tapi apa yg pegawai bomba tu bgtau tadi.. lagi rendah level kita, harapan utk hidup pun sukar.. mengikut pengalaman dia laa.. moga2 kami di jauhi dari perkara2 tersebut.. 



p/s - Tengok Buletin Utama td, siarkan kejadian di Putrajaya nie.. masa bomba wat inspection mmg kat bangunan Jabatan aku tue.. ada gak retak2.. ade bangunan lain tingkap sampai pecah.. 

Sunday, June 12, 2011

Piala FA 2011 - Akhirnya Milik Terengganu


Bila dapat tau Terengganu vs Kelantan ke final.. dah mula rasa meluat.. tak tau la nape.. mayb still terbayangkan insiden2 buruk yg penah berlaku apabila skuad Kelantan masuk final..  satu lagi bila pemain Kelantan yg ramai pemain kebangsaan tambah2 gol keeper si Khairul Fahmi aka Apek tue yg menjaga gol maka akan ramai la yg menyebut2 Kelantan bakal juara... aku menyokong Terengganu dari awalnya.. Memang terbaik la Ganu.. Ganu tetap hebat dan mantap... 

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh: 6 Kanak-Kanak Yatim Piatu, 1 Penjaga Diselamatkan; 3 Terkorban

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat hari ini.
Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.
sumber- Bernama
Bernama difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, kesemua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu.

Sumber - Bernama & Mstar

Sunday, March 13, 2011

Wajarkah Karikatur Seperti Ini di Berita Harian??

sumber: CNN

Selepas Fizz Fairuz di hentam hebat, kini akhbar Berita Harian pula.. isk .. mereka2 ni tak faham ke sensitiviti masyarakat???

Monday, December 20, 2010

27 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai


IPOH: Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.- BERNAMA


sumber : MSTAR

Sunday, November 21, 2010

Aksi Terlampau Remaja


KUALA LUMPUR: Babak bercumbu ala filem Hollywood dilakukan pasangan remaja Melayu tanpa segan silu yang tersebar secara meluas di Internet melalui laman YouTube menyebabkan kemarahan ramai pihak kerana jelas ia mencemarkan imej Melayu dan Islam.

Video yang mula dimuat turun pada 14 November lalu kini mendapat pelbagai kutukan kerana jelas melanggar tata susila masyarakat Malaysia. Kebanyakan penonton video berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat dalam ruangan komen bagi mengutuk tindakan melampau remaja terbabit.

Kemunculan klip video itu dipercayai dilakukan di kawasan sekitar Kuala Lumpur menunjukkan akhlak masyarakat Melayu terutama remaja kian luntur.


Tanpa rasa malu, pasangan berkenaan bercumbu sambil aksi panas mereka dirakam rakan-rakan yang turut terbabit.


Puncanya bermula dengan perselisihan faham pasangan itu yang membawa kepada adegan bercium dimulakan si gadis kerana ingin memujuk teman lelakinya yang merajuk.


Malah, mereka tidak mempedulikan kenderaan yang lalu-lalang di belakang sebaliknya terus hanyut dalam gelora nafsu sebagai tanda menunjukkan kasih sayang.
Sumber:HarianMetro
aku dah tgk video tu bila ade member tag kat FB.. mmg melampau.. dh x sepatutnya terjadi..

Tuesday, November 2, 2010

Bah 0h Bah!!!

Musim tengkujuh dah menghampiri.. Sana sini berita ceritakan hal banjir .. Termasuk la UUM di Sintok.
.

sebelum banjir


selepas ditenggelami air



Tak ketinggalan rumah cousin aku di Jitra yg mengalami banjir besar.. teruk gak la.. Tau pun bila dia mms pic rumah dia yg ditenggelami air..