Tuesday, September 6, 2011

Petknode - Patut ke minta maaf macam tu jer???

Di bawah petikan dari FB Petknode

Dengan ini, kami, Shahrul dan Yushairi, pemilik perniagaan Petknode Online Pet Store, dengan hati yang tulus ikhlas dan rasa rendah diri, ingin menyampaikan rasa terkilan dan bersalah kerana gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti yang dijanjikan. Kami mengakui kesilapan kami dalam menguruskan pusat jagaan kucing kami sehingga kebajikan kucing-kucing pelanggan diabaikan. Kami amat menyesal disebabkan gagal mendapatkan tenaga pekerja untuk membantu kami menguruskan pusat jagaan kucing dan sebagai perniagaan yang kecil, kekangan modal dan sumber yang terhad menyebabkan kegagalan kami menyediakan tempat tinggal yang terurus untuk kucing-kucing pelanggan. Walaubagaimanapun, kami telah cuba yang termampu untuk menguruskan kucing-kucing pelanggan dengan segala sumber yang ada.

Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing-kucing pelanggan menjadi tertekan, kurang makan dan minum, terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan kami sendiri.

Memang sedih, geram sangat dengan apa yang berlaku.. walaupun aku bukan mangsa yg terlibat tetapi sebagai pencinta haiwan mmg apa yg di lakukan amat kejam..  x sanggup nak wat entri mengenai kekejaman tu.. tak tertaip.. tiap kali baca blog kawan2 pasti air mata ni nak meleleh jerk.. n tadi baru tau .. rakan blogger Kitty World menjadi mangsa kekejaman mereka.. mereka patut di hukum dengan hukuman yang setimpal .. bukan dengan hanya meminta maaf seperti di FB

No comments:

Post a Comment