Pagi tadi masa lepak2 kat pantry sementara tunggu arahan dari trainer.. kecoh2 pasal facebook Amalina Che Bakri.. pic2 kat dalam tu semuanya seksi2 dan bertentangan dengan karektar Amalina sebelum ni... mula2 cam tak caya.. mayb teknik photoshop kot.. tapi tak tau la..
coz masa dia baru2 sampai kat UK mmg ada gak kecoh pasal hal nie.. then senyap2 je.. now.. kuar balik isu ni.. ada yg kata dia gagal dalam A Level.. ada yg kata dia dah balik ke Malaysia dan menetap di Johor.. dan macam2 lagi.. tak tau mana yg betul sebenarnya. tapi kan kalau la bukan pic dia,, nape diremovekan semuanya dari fb tersebut.. pelik2.. or ada org yg dengkikan Amalina ni dan menyebarkan gambar2 tersebut.. tak tau laa.. nnt2 ada la tu penjelasan dari pihak Amalina.. harap2 semua tu hanyalah klon Amalina saja...
Dalam harian metro hari nie... ibu Amalina menafikan yg anaknya tidak lama menyambung pembelajaran dan balik ke JB..
JOHOR BAHRU: “Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.sumber: Metro
No comments:
Post a Comment