Sunday, November 21, 2010

Aksi Terlampau Remaja


KUALA LUMPUR: Babak bercumbu ala filem Hollywood dilakukan pasangan remaja Melayu tanpa segan silu yang tersebar secara meluas di Internet melalui laman YouTube menyebabkan kemarahan ramai pihak kerana jelas ia mencemarkan imej Melayu dan Islam.

Video yang mula dimuat turun pada 14 November lalu kini mendapat pelbagai kutukan kerana jelas melanggar tata susila masyarakat Malaysia. Kebanyakan penonton video berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat dalam ruangan komen bagi mengutuk tindakan melampau remaja terbabit.

Kemunculan klip video itu dipercayai dilakukan di kawasan sekitar Kuala Lumpur menunjukkan akhlak masyarakat Melayu terutama remaja kian luntur.


Tanpa rasa malu, pasangan berkenaan bercumbu sambil aksi panas mereka dirakam rakan-rakan yang turut terbabit.


Puncanya bermula dengan perselisihan faham pasangan itu yang membawa kepada adegan bercium dimulakan si gadis kerana ingin memujuk teman lelakinya yang merajuk.


Malah, mereka tidak mempedulikan kenderaan yang lalu-lalang di belakang sebaliknya terus hanyut dalam gelora nafsu sebagai tanda menunjukkan kasih sayang.
Sumber:HarianMetro
aku dah tgk video tu bila ade member tag kat FB.. mmg melampau.. dh x sepatutnya terjadi..

2 comments:

  1. kat Pavilion kan?


    http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. aku dah tengok jugak..baru je semalam..
    ish..ish..bleh pulak nak buat aksi2 camtu kat tmpt awam..dunia dah nak kiamat macam2 yg berlaku skrg..manusia dah tak malu nak buat apa saje dpn khalayak ramai..

    ReplyDelete