Showing posts with label AF. Show all posts
Showing posts with label AF. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Hazama Juara AF9..

Keputusan Penuh :


Juara AF9 - Hazama 


Lagu : Cinta Teragung & Pukau


Naib Juara Af9 - Lena


Lagu : Sisa Kisah Kita & Dunia

Tempat Ketiga AF9 - Fina


Lagu :  Menangis Lagi & Satu Harapan


Tempat Keempat AF9 - Azri


Lagu - Niskala & Aku Tak Bisa

Tahniah pada semua pemenang.. Syoknya Hazama dpt cash RM200,000.  Pas ni berduyun la awek2 dtg nak ngorat.. hehehe..

Sunday, June 5, 2011

Konsert AF9 minggu ke 9 - Erul tersingkir, Dato' Siti Tak Kenal Keyboard dgn Piano???

Gimik.. AF mmg tak hbs2 ngan gimik.. psl Hazama yg ingatkan terkuar rupanya tak, leh la terima tapi Erul ??? kesian kat dia, mati2 ingat dah masuk final tapi rupanya tersingkir.. mmg memalukan dan kesian kat dia walaupun tak suka dia.. Malam ni Erul nyanyikan lagu Nadiku .. best tapi tak de rezeki... Fina, Azri, Lena dan Hazama melangkah ke final.. 

Insiden yg aku tak leh lupa ... bila Dato' Siti tak kenal piano ngan keyboard.. tergelak gak la bila Dato Siti ckp yg Erul kalo tak tau main piano jgn main coz menganggu persembahan.. alahai Dato' itu keyboard bukan piano.. malu nye.. artis berpengalaman tapi tak kenal keyboard dan piano.. 

Sunday, May 29, 2011

Konsert AF9 minggu ke 8, Fina dapat immuniti dan Tiada Penyingkiran..

Semalam macam yg dah tau Fina yg dpt immuniti dari tersingkir dan akan beraksi ke konsert final. Tah laa.. x tau la camne nak komen.  Tak minat sgt ngan Fina sebenarnya.  Macam plan je coz Fina dapat semuanya lagu2 yg memang jenis jerit2... nape tak uji Fina dgn lagu2 rendah lak.. baru la tau bakat dia sebenarnya.. Hmm.. tah laa.. kadang2 ade gak politik dalam AF nie..

Minggu ni gak kalo tak, Lena tersingkir kerana mendapat undian tercorot tapi disebabkan tiada penyingkiran maka Lena terselamat kali nie.. dan minggu ke 8, hanya empat saja yg akan bertanding untuk berebut tempat ke final yg tak tau lagi bape org yg akan jadi finalis.. 

Saturday, May 21, 2011

Konsert AF minggu ke 7 - Nera akhirnya tersingkir




Akhirnya tersingkir jua Nera yg sinonim dengan trademark Kiki Bah tue... hmm.. mmg dh lama sepatutnya Nera tersingkir.  Walaupun hari ni persembahan Nera bagus tapi tetap tidak dapat menyelamatkan Nera.. Agak meluat tengok si Azri tu yg trgila-gilakan Nera .. tapi Nera cool je.. mmg tabik la gak la si Nera ni .. lagu dendangan Nera malam ni Tak Ingin Sendiri dari Hetty Koes Endang gagal menyerlahkan Nera..





Sunday, May 15, 2011

Nera AF9 - Cantik dan Seksi


Memang pada awalnya masa pengenalan pelajar2 AF9, dah terpaut dengan kecantikan Nera nie.. mmg tak leh di sangkal.. tapi mmg tak minat dengan suara dia .. Tapi dia memang amat bernasib baik kerana mendapat lagu2 yang senang dan tak begitu menguji vokal..



 Bersandarkan wajah yang cantik, tak mustahil Nera blh pergi jauh walaupun bukan dalam bidang nyanyian, tapi dalam bidang modelling or lakonan..  Nera juga merupakan naib juara Miss Earth - Water Sabah 2010.



kredit = FB Miss Earth 2010 dan OhBulan

Saturday, May 14, 2011

Konsert ke 6 AF9 - Kay Tersingkir,

Mengulangi sejarah abangnya Diddy semasa AF ke 4, Kay turut tersingkir di minggu ke 6.. maknanya sama2 hebat la kan.. sebenarnya konsert minggu tak sebest konsert minggu lepas..
Agak tak puas hati la coz sesetengah pelajar dapat lagu yang senang dan tak menguji vokal langsung.. tapi tetap berada di tangga teratas dan mendapat undian.. hmm.. payah la sistem undian SMS nie..

Sunday, May 8, 2011

Konsert Ke 5: Berakhirnya Perjuangan Afif Dalam AF9

KUALA LUMPUR, 7 MEI 2011: Nasib nyata tidak berpihak kepada Afif atau Ahmad Afif Bin Tirmizie apabila dia menjadi pelajar seterusnya yang tersingkir dalam konsert minggu ke-5 program realiti Akademi Fantasia 9 (AF9), yang berlangsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil sebentar tadi.

Membawakan lagu Malam nyanyian asal kumpulan Pengetua AF9, Search, penyingkiran Afif telah diumumkan hos Aznil Hj Nawawi selepas pelajar yang berasal dari Pekan, Pahang itu menerima jumlah undian terendah menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada penonton.

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) itu pada malam ini dilihat berjaya apabila rata-rata pelajar memberikan persembahan yang memuaskan sehingga mendapat komen positif dari pengkritik.

Antara kelainan pada konsert ini ialah apabila kelab peminat setiap pelajar diberi peluang membuat persembahan di atas pentas sebelum persembahan dari pelajar itu sendiri. Ironinya, walaupun persembahan dari kelab peminat Afif telah memenangi persembahan terbaik, ianya tidak dapat mennyelamatkan Afif dari tersingkir pada malam ini.

Di penghujung konsert, tampil Jaclyn Victor, Sheila Hamzah dan guru vokal AF9 sendiri, Ning Baizura untuk membuat persembahan istimewa dengan lagu Beribu Sesalan.

Dengan penyingkiran Afif ini, bermakna tinggal 7 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF9. Pengkritik jemputan pada konsert ini ialah Edrie Hashim disamping Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan sebagai pengkritik tetap.

sumber: Murai

Saturday, April 30, 2011

Konsert ke 4 AF9 - Raqib Tersingkir

Agaknya badi kot nyanyi lagu Kris Dayanti.. sebelum ni Eka tersingkir bila menyanyikan lagu I'm Sorry Goodbye, kali ni Raqib mengalami nasib yang sama bila menyanyikan lagu Menghitung Hari.. isk kebetulan kot.. tapi mmg tak jangka Raqib bakal tersingkir.. pada aku sepatutnya Afif yg tersingkir coz persembahan dia biasa2 aje dari konsert 1 dulu.. itu la bila jari menjadi juri.. susah nak jangkakan.. 

Saturday, April 23, 2011

Konsert ke3 AF9- Miza Disingkirkan, Aida dan Amir di gugurkan. Hazama dan Fina di bawa masuk ke AF




Konsert ke3 AF telah menyaksikan penyingkiran Miza yg menyanyikan lagu Sofea Jane. Ops Gugur pula telah menggugurkan Aida dan Amir dan menggantikan Hazama dan Fina di AF.. Bagi aku Amir mmg patut digugurkan tetapi tidak bagi Aida.. Sepatutnya Nera yg di gugurkan.. mmg hanya bersandarkan rupa. Minggu ni mmg tak di nafikan persembahan Nera best tapi itu lagu pilihan sendiri .. Tapi apa-apa pun kena tggu next week utk melihat perkembangan Nera..

Saturday, April 16, 2011

I'm Sorry Goodbye - Eka AF9 Pelajar Ke2 Tersingkir

image- murai
Gara-gara lagu dendangan Eka I'm Sorry Goodbye dari KrisDayanti, Eka menjadi pelajar ke2 yg di umumkan tersingkir... Betul2 badi.. walaupun Eka bukan pelajar tercorot undiannya pada awal konsert tapi akhirnya Eka tersingkir juga..

Monday, May 17, 2010

Ain AF8 Tersingkir....

Nak gak wat entry pasal nie.. sepanjang aku tgk AF8 walaupun makin hambar, aku memang x berapa minat dengan gelagat Anum n Ain.. tah la mayb aku sedikit anti dengan org2 yang over confident and gediks... hahahaha
Dari awal mulanya AF8, setiap minggu selepas penyingkiran, memang aku berharap sangat agar 2 pelajar tersebut disingkirkan dan akhirnya termakbul.. walaupun ramai yang mengagak Maulana akan tersingkir tapi aku tetap yakin Ain yang bakal tersingkir dan keputusan aku memang tepat sekali. Ini bermakna pelajar yang kekal hingga ke final menepati sasaran aku walaupun agak terkilan kerana pelajar yang ke final bukan lah pelajar terbaik kecuali Adira & Syahir..
Anyway tahniah pada semua pelajar yang berjaya ke final, tahun ini mengulangi sejarah tahun lepas di mana seorang sahaja wakil pelajar perempuan ke final.. Gud Luck ..
P/S : Tahniah pada China yg kekal ngan Piala Thomas nye.. n memang salute sangat dengan semangat pasukan China berbanding pasukan Malaysia...