Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Putera Irma Hasmie dan Ayu Raudhah

 29 Mac lahirnya dua orang putera, anak sulung buat Irma dan juga Ayu





 
 Tahniah untuk kedua-duanya...




~ iLLa fYRa ~

Saturday, November 3, 2012

Tahniah Farid Kamil dan Diana Dianalle

Sekali lafaz je Diana sah menjadi isteri Farid Kamil pagi tadi.. wah.. tahniah... happy nya.. x perlu bercinta lama2 terus kawin.. lagi di berkati ... 

majlis tepi tasik

 wajah sebelum dinikahkan

sah menjadi suami isteri

sumber:  Mediahiburan FB


~ iLLa fYRa ~

Wednesday, October 10, 2012

Akhirnya Jimmy Shanley bercerai


KUALA LUMPUR – Pengacara Trek Selebriti, Jimmy Shanley Norjahan Saleh mengaku terpaksa mungkir janji dengan ibu mertuanya apabila apabila menceraikan Nursuhaila Eliani Suhaimy secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Jimmy, 32, sah bercerai talak satu dengan Nursuhaila, 24, di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai.

Sejurus selesai prosiding, Jimmy yang bergegas keluar dari mahkamah sempat berkata kepada media bahawa dia terpaksa mungkir janji dengan pengasas produk kecantikan Datin Muniroh Kassim supaya tidak sesekali menceraikan anaknya.

“Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama, biarlah saya cari pasangan di Jannah,” katanya.

Nursuhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang. Jimmy juga bersetuju untuk tidak menuntut hutang sesama mereka.

Bagaimanapun permohonan hadanah iaitu hak jagaan anak yang difailkan Jimmy di mahkamah tinggi akan diteruskan untuk perbicaraan.

Anak perempuan pasangan itu, Zahrah Shanley yang kini berusia setahun berada di bawah jagaan ibunya, namun Jimmy diberikan hak untuk melawat bila-bila masa.

Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan mas kahwin RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.


sumber:mynewshub

Tuesday, May 8, 2012

Isteri Jimmy Shanley Akui Hamil Anak Luar Nikah

Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

sumber: Ohbulan!


Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.

Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka.

Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.

Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Sumber: Sinar Harian

Tuesday, March 6, 2012

Jimmy Pernah Menampar Isteri Dua Kali

SHAH ALAM: “Kami sudah ada masalah daripada hari pertama perkahwinan,” kata pengacara Jimmy Shanley ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.


Jimmy berkata perkahwinan dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy adalah atas dasar suka sama suka dan ia permintaan ibu mentuanya selepas dia dan isteri berkenalan enam bulan sebelum diijab kabul.

Bagaimanapun, dalam keterangannya semalam Jimmy mengakui dirinya sering diabaikan Nursuhaila selaku defendan dalam kes yang lebih banyak meluangkan masa bersama rakan-rakan berbanding suami.

Menurutnya, dia pernah menampar Nursuhaila dua kali iaitu pada hari ketiga perkahwinan mereka dan kali kedua pada 19 Oktober 2010 ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand.


Jimmy berkata mengikut perancangan awal mereka dijadualkan berbulan madu empat hari iaitu dari 18 hingga 21 Oktober 2010, bagaimanapun pada hari ketiga di sana, Nursuhaila pergi ke Bangkok, Thailand tanpa izinnya.

sumber: Hmetro

Thursday, March 1, 2012

Cahaya Malaika Buah Hati Mawi dan Ekin

Tahniah2.. akhirnya setelah lama menunggu.. lahirlah seorg puteri .. anak kepada Mawi dan Ekin.. comel sgt.. nama pun sedap.. Cahaya Malaika.. agaknya ape laa maksud nama tu yer..




Sunday, February 12, 2012

Whitney Houston Meninggal Dunia..

LOS ANGELES: Penyanyi terkemuka Whitney Houston, meninggal dunia pada hari Sabtu.


Komen kawan2 kat fb
cilok dr fb ..jgn marah.. ;)
Menurut publisisnya, Kristen Foster, lokasi dan sebab kematiannya belum dikenalpasti. (mayb sebab dadah)

Houston terkenal dengan lagu-lagu seperti "How Will I know you," "Saving All My Love for You” dan “I Will Always Love You."

Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah Grammy.

sumber: Metro

Monday, January 30, 2012

Jom Menangi Tiket Tayangan Perdana Adnan Sempit 2

Senang je nak dpt tiket..


CARA UNTUK MENYERTAI :


 Langkah 1 : Sertai laman peminat Facebook Shurah Malaysia.http://www.facebook.com/ShurahMalaysia Langkah 2 : Isikan maklumat peribadi anda supaya kami dapat menghubungi dan mengesahkan hadiah yang dimenangi. 
Langkah 3 : Ajak kawan-kawan Facebook anda untuk menyertai peraduan ini. Penyertaan yang mendapat bilangan kawan-kawan yang paling ramai akan memenangi hadiah.

Jom ramai2 join .. leh menonton tayangan perdana .

Sunday, January 29, 2012

Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu 26

Malam ni adalah malam kemuncak AJL 26 yg bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil dan di siarkan terus menerus di TV3 ataupun boleh menonton secara streaming di http://live.tv3.com.my/ajl26/. Tahun ini, AJL berkonsepkan AIR.


Antara finalis yang terlibat adalah:

Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia
Aizat - Sungai Lui
Jac - Sedetik Lebih
Atilia & Monoloque - Kekanda Adinda
Yuna - Penakut & Gadis Semasa
Hafiz - Awan Nano
Alyah - Kisah Hati
Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran
Najwa Latif - Cinta Muka Buku
Faizal Tahir - Karma
3 Suara - Beribu Sesalan


Monday, January 16, 2012

Rita Rudaini Sedih, Suami Keluar Rumah

PETALING JAYA: Keadaan rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar,36, dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak,25, kembali menjadi tegang apabila bintang bola sepak itu telah meninggalkan rumah mereka di Damansara di sini sejak seminggu lalu.


Menurut Rita, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan pulang ke kampung di Kangar, Perlis.

“Semasa di kampung, saya menerima mesej daripada Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah. Sebagai isteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa jika itu kehendaknya,” kata Rita sewaktu ditemui mStar Online di rumahnya di Sunway Damansara di sini.

Menurutnya, sewaktu tiba di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, dia mendapati pakaian, kereta dan motosikal Aidil sudah tiada.

Ditanya adakah apa-apa perbalahan sebelum peristiwa itu, Rita memberitahu dia ada menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad,59, yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.

Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk turut serta tetapi masalah tersebut dapat di selesaikan apabila dia membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.

Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumah mereka yang melihat Aidil bersama pasangan suami isteri iaitu Zaquan Adha yang juga kembarnya dan pelakon Ayu Raudhah terlibat membantu Aidil membawa dia keluar daripada kediaman tersebut.

“Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu “membawa lari” Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang menempatkan isteri dan anak-anaknya,” jelas Rita yang begitu sedih dengan kejadian tersebut.

Sehingga berita ini disiarkan Ahad, Rita sendiri tidak mengetahui di manakah Aidil tinggal tetapi ada menerima pesanan daripadanya yang bertanyakan tentang anak.

Kata Rita, dia buntu dengan masalah yang berlaku dan menyerahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk selepas mengadu hal berkenaan kepada ibu dan bapa Aidil.

“Hubungan saya dengan ibu dan bapa mertua saya tiada masalah. Saya ada menghubungi mereka untuk menceritakan hal ini,” katanya.

Sebelum ini Rita dan birasnya, Zaquan telah “berperang” menerusi laman Twitter masing-masing apabila kedua-duanya berbalas kenyataan yang mempertikaikan sikap di antara satu sama lain.

Zaquan menyindir Rita yang tidak pernah berusaha untuk pulang ke Seremban bagi menjenguk mertuanya sendiri.

Manakala Rita pula mengatakan Zaquan bersikap keterlaluan yang bertujuan untuk memalukannya.

Rita memberitahu, perbalahan menerusi Twitter berkeesaan berpunca apabila Zaquan memberi komen yang menyakiti hatinya ketika dia berbalas pesanan dengan peminat berhubung kehidupan berumah tangga dan juga hubungan dengan mertua.

“Saya memberi nasihat secara umum mengenai mertua kepada peminat saya tetapi secara tiba-tiba Zaquan menyampuk menerusi laman Twitternya dengan menyindir saya. Pada hal, ia tiada kena mengena langsung dengannya,” kata Rita.

Jelasnya lagi, jika Zaquan tidak berpuas hati degannya, dia tidak perlu menyindir menerusi Twitter berkenaan sebaliknya boleh berhubung terus dengannya menerusi telefon.

“Kerana geram dengan sikapnya, saya terpaksa mengambil keputusan menulis beberapa perkara yang bertujuan untuk melindungi diri saya dalam Twitter miliki saya itu,” ujar Rita.

sumber: Mstar

p/s = sedih dengan nasib yang menimpa keluarga mereka ni.. 

Wednesday, January 11, 2012

Rita Rudaini dan Zaquan Adha Begaduh Besar di Twitter???

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini dengan adik kembar suaminya, Zaquan Adha, yang dikatakan tidak pernah mempunyai hubungan baik di antara mereka dilaporkan bergaduh besar menerusi laman sosial Twitter milik mereka hari ini.




Bermula dengan isu ‘ibu mertua suka atau atau tidak’ kepada Rita, pergaduhan antara ipar tersebut melarat kepada persoalan Rita yang bertanyakan tentang Zaquan yang dikatakan menyebabkan seorang gadis dikenali sebagai ‘M’ mengandung dan dipaksa gugurkan kandungan.


Difahamkan, Rita Rudaini pada mulanya menjawab soalan salah seorang rakan Twitternya tentang hubungan antara aktres tersebut dengan ibu mertuanya dan memberitahu bahawa dia tidak kisah sama ada ibu mertuanya sayang atau tidak padanya.

“xkisah pon mak mertua syg ke x dik..” kata Rita ketika angin masih tenang.

Mungkin tersinggung dengan kenyataan Rita berkaitan ibunya itu,  Zaquan tiba-tiba mencelah masuk dan membalas kenyataan itu dengan menyatakan bahawa kakak iparnya itu tidak pernah pulang ke rumah mertuanya itu.

sumber: mynewshub

Saturday, December 24, 2011

Lisa Surihani dan Yusry bakal Berkahwin 23 Februari 2012


"Alhamdulillah, akhirnya terjawab sudah teka-teki perhubungan matang 2 selebriti terkenal tanah air iaitu abang Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani. MiG Online sekarang berada di PC Yusry & Lisa yang mana mereka berdua telahpun mengumumkan tarikh perkahwinan mereka iaitu pada 26 Februari 2012 dan pernikahan mereka 3 hari sebelum tu iaitu pada 23 Februari di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya."





kredit to: MIGOnline

Tahniah kepada keduanya.. Semoga pernikahan mereka kekal hingga ke akhir hayat..

Monday, November 28, 2011

Majlis Resepsi Zahiril Adzim & Shera Aiyob - 271111




271111 majlis resepsi ZA dan SA.. di adakan di Kelab Shah Alam.  Bermula dari 6 petang, tetamu berpusu2 datang ke dewan.. Sebelum itu, kami perlu ke tempat registration dulu utk mengambil nombor meja .. kemudian baru lah kami semua ke meja2 yg di tetapkan.. Agak kelam kabut bila seat tak cukup akibat kebanyakkan tetamu tak mengikut arahan.. seperti yg di tulis kan di kad.. rsvp perlu di buat sebelum 15 november.. Ada yang telah di letakkan di kad bahawa jemputan utk suami dan isteri tetapi membawa anak2 yg ramai sehinggakan menyukarkan pihak yg terlibat.. 

Pic Pre Wedding
Pintu masuk


Di meja kami... 
Tgh menunggu pengantin perempuan

Shera dah sampai

Berarak masuk ke dewan


Flower boy n girl
Dalam kul 8.30 barulah pengantin sampai kat dewan, semuanya dah mula lapar.. tapi terpaksa la tggu acara menepung tawar selesai dan juga makan berangkat utk makan beradap.. then ada acara menghidang nasi dengan cara yg agak lain dari yg lain.. semua waiter n waiteress memakai baju ala2 pakaian bersilat..  pas tu baru la mereka2 ni menghidangkan nasi mengikut meja2 yg di tetapkan..  Masakan memang best dan menyelerakan.. lauk2 yg di hidangkan ialah ikan tenggiri goreng, ayam masak merah, dalca, kurma daging dan juga jelatah.. 

Menu kami

Dgn Pengantin

Wif Sazzy Falak n Aishah Sinclair

Wif Ana Raffali yg comel

Wif Masmuharni, Fikree Bakar n Amanda Misbun

Wif Johan aka Botak

Wif Dira

Iqram Dinzly yg mmg handsome

Pelakon2 Juvana - Syazwan Zulkifli, Adam Shah 

After dah selesai makan.. misi mengambil gambar dengan pengantin dan juga artis2 yg datang.. penat gak berjalan ke seluruh dewan.. hahaha.. tapi mmg best..  dapat gak tgk Ana Raffali menyanyi live.. 2 lagu plak tu.. lagu baru dan juga lagu Kalau Berpacaran... 


Wif Pekin

Then Zahiril sempat menyampaikan sebuah puisi utk isteri tercinta..  diiringi oleh band yg di anggotai oleh adik beradik Zahiril sendiri.. memang romantik sgt2... sehinggakan Shera mengalirkan air mata.. 



Famili sebelah Zahiril

Dalam pukul 11 malam baru la kami beredar meninggalkan majlis selepas sesi bergambar selesai..


My famili

Balik dah..



Thursday, November 24, 2011

Menghadiri Wedding Zahiril Adzim & Shera Aiyob



 19.11 ari tu, dalam kul 10 pagi dah kuar umah coz nak ke Ipoh utk menghadari majlis pernikahan dan persandingan cousin aku si Zahiril or Bob tue.. tapi sampai kul 3 ptg baru la btl2 bertolak sbb hari tu barula ayah nak cari baju melayu maroon.. kitaorg termasuk la si kecik tu dah ade cuma ayah je.. memilih sgt kot.. hahahha... 

Dari Kajang, Balakong sampailah ke PKNS Shah Alam baru la jpa.. tu pun dah sbb x de choice lain.. biasala kalo kita nak mmg susah nak dpt kan warna tu.. bila tak nak berlambak lak... then dah jpa baru la meneruskan perjalanan... dalam kul 7 camtu baru la sampai kat Ipoh.. nasib ada GPS kat hp.. sng je la nak cari hotel .. kami stay kat Hotel Fair Park bersama semua rombongan pengantin lelaki.. 

Malam tu kami kuar g makan.. susah gak coz tak familiar ngan kawasan Ipoh.. akhirnya sampai la kat satu restoren ni dkt area Stadium.. leh tahan gak la makanan dia.. nama restoren tu kalo x silap, Sabar Menanti.. nasib baik cpt makanan sampai..pas abis makan terus balik hotel nak tolong kemaskan barang2 hantaran tuk pihak Shera.. 

Dinner
Dalam pada tu sebab tgk bola.. masa tu Malaysia lawan Myanmar kot ..nasib Malaysia menang.. x padan ngan nak jadi pengantin sempat Bob layan bola.. Pas pengantin iaitu Bob siap berinai. barula kami masuk ke bilik masing2 nak tdo.. pagi kena bgn awal coz majlis start kul 9.30 pagi...

Hantaran

20.11, kul 5.30pg dah bgn ok.. bukan excited tp takut tak sempat nak bersiap.. ye la.. nak mekap lagi.. mesti la lama.. sebelum tu sempat turun breakfast... then settle je breakfast terus bersiap2 dan berkemas2 coz nak check out terus..  Siap packing dan masukkan dalam keta, so now kena mengangkut hantaran plak.. ada 11 dulang semuanya.. Ada ipad, perfurme, jam tissot, al - quran digital, rantai mutiara, buku tulisan emak Bob bertajuk anai-anai dalam perkahwinan, handbang coach, sirih junjung, telekung dan sejadah dan lain2 lagi...

Riz Ainuddin dan Fikree Bakar pun tukang bawa hantaran

Berkumpul sebelum berarak ke rumah Shera

Dalam kul 9 bertolak ke rumah Shera, sampai sebelum 9.30 tapi malangnya ada yg tersesat.. so dalam kul 10 baru la semua dapat berkumpul dan berarak masuk ke rumah Shera.. sebelum akad nikah di jalankan, ayah Shera yg bertindak sebagai jurunikah menanyakan beberapa perkara kepada Bob.. panjang lebar gak laa.. 

Mas kawin RM1001

Then barula acara nikah di jalankan.. alhamdulillah sekali lafaz sah la Shera menjadi isteri Bob.. mata Shera merah tapi tak la nmpk cam menangis cuma emak Shera je yg mengalirkan air mata kerana Shera merupakan anak sulung dari 3 adik beradik dan menjadi kesayangan keluarga.. Selesai je akad nikah, Bob menunaikan solat sunat.. dan selepas tu baru la acara membatalkan air sembahyang di adakan... pastu baru la sesi bergambar dan interview oleh wartawan.. dan kami semua menjamu selera dengan kuih muih dan juga roti jala.. sedap.... 











Meja utama
Selesai je acara akad nikah.. dalam kul 1tgh hari ke Bercham Heights lak tuk acara  
persandingan.  Kali nie pengantin bersanding ala taman .. baju Shera dari Hatta Dolmat.. tapi biasa je baju tu.. tak de yg menarik..  Sampai kat dewan.. menunggu lagi.. lama gak laa.. then baru la berarak masuk dewan.. rupanya kena naik lif.. isk.. susah gak .. lif dah la lambat.. terpaksa la pengantin menunggu kat depan pintu dewan.. Then baru la berarak masuk ke dalam dewan tue..  ramai tul org dlm dewan tu .. agak sesak gak laa.. x selesa sgt.. coz tempat crowded n tak de org guide nak duduk.. terpinga2 la kejap.. tapi tak pe laa.. adat la biasa artis kawin kan.. 
Antara rakan artis yg hadir
Suka gak ngan pelamin kat dorang.. sweet sgt..  Nasib keadaan masih terkawal .. tak de yg menyerbu pengantin.. tapi org lain sibuk ngan pengantin tp aku sibuk nak amik pic ngan artis.. hahaha..  Selesai makan dalam kul 3 ptg bar la kami bertolak ke Taiping.. nak melawat cousin bersalin.. comel gak anak dia.. namanya Adelia ______ .. panjang sgt tak ingat lak aku...  then balik je dari situ terus g makan kat Bomba Taiping.. cam biasa pekena Yong Tau Foo.. mmg tak leh tinggal.. dalam kul 8 baru la bertolak balik ke Kajang...


Adelia yg baru berumur seminggu.. cian mama Adelia x dpt nak g wedding uncle Bob sbb Adelia x sbr nak kuar...