Showing posts with label ZALORA. Show all posts
Showing posts with label ZALORA. Show all posts

Monday, September 21, 2015

HADIAH DARI ZALORA

Selepas dah draft articles bagi ZALORA, aku email kan draft pd person in charge, setelah diterima barulah aku publishkan article tersebut.kat SINI . Sebagai penghargaan, zalora menghadiahkan voucher RM100.  Wah teruja ok nak shopping.

Dua barang berikut aku order, ada extra kena tambah sebab lebih dr RM100.  Sbb nak try COD so aku pun pesan kat mama untuk bayar masa penghantaran sampai.  Tapi pastikan jumlah tambahan tersebut disediakan dengan jumlah yang tepat.

Servis Zalora mmg pantas.  Aku order 18 September 2015 jam lebih kurang 2.15pm dan aku terima barang pada 19 September 2015 lebih kurang pukul 10 am.  Memang terbaik. 

First experience shopping kat Zalora.  Lepas ni boleh shopping lagi.

Thanks Zalora..
 


~ iLLa fYRa ~

Friday, September 18, 2015

TREND TUDUNG TERBARU WANITA




Alaf ini makin ramai wanita mengambil kesempatan untuk bertudung dan menutup aurat.  Bermacam gaya dan fesyen yang kita boleh lihat tapi masih mengekalkan imej sopan dan menutup aurat.  Kemunculan jenama-jenama tudung yang pelbagai rekaan corak dan material bagai cendawan tumbuh selepas hujan.


Para selebriti juga tidak ketinggalan.  Gaya pemakaian tudung mereka membuatkan wanita terpesona dan mahu mencuba.  Icon seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Shila Hamzah dan Yuna antara pelopor gaya tudung yang bervariasi.

Semakin banyak trend dan tudung terbaru yang mudah kita dapati.  Sesuai dengan konsep masa kini semuanya di hujung jari.  Tutorial-tutorial tudung juga mudah kita dapati di laman-laman social seperti Facebook dan juga Youtube.  

Jika anda masih tercari-cari gaya yang sesuai untuk ke pejabat, atau majlis ulangtahun perkahwinan, di bawah ini disertakan padanan gaya tudung bersama pakaian Muslimah.  Anda boleh gayakan sama ada anda berbaju kurung moden, berjubah ataupun bersama top kegemaran anda.





 Gaya berjubah




 Gaya bersama kurung moden


 Gaya bersama top kegemaran


~ iLLa fYRa ~