Friday, September 18, 2015

TREND TUDUNG TERBARU WANITA




Alaf ini makin ramai wanita mengambil kesempatan untuk bertudung dan menutup aurat.  Bermacam gaya dan fesyen yang kita boleh lihat tapi masih mengekalkan imej sopan dan menutup aurat.  Kemunculan jenama-jenama tudung yang pelbagai rekaan corak dan material bagai cendawan tumbuh selepas hujan.


Para selebriti juga tidak ketinggalan.  Gaya pemakaian tudung mereka membuatkan wanita terpesona dan mahu mencuba.  Icon seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Shila Hamzah dan Yuna antara pelopor gaya tudung yang bervariasi.

Semakin banyak trend dan tudung terbaru yang mudah kita dapati.  Sesuai dengan konsep masa kini semuanya di hujung jari.  Tutorial-tutorial tudung juga mudah kita dapati di laman-laman social seperti Facebook dan juga Youtube.  

Jika anda masih tercari-cari gaya yang sesuai untuk ke pejabat, atau majlis ulangtahun perkahwinan, di bawah ini disertakan padanan gaya tudung bersama pakaian Muslimah.  Anda boleh gayakan sama ada anda berbaju kurung moden, berjubah ataupun bersama top kegemaran anda.





 Gaya berjubah




 Gaya bersama kurung moden


 Gaya bersama top kegemaran


~ iLLa fYRa ~

No comments:

Post a Comment