Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH


PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?


P/S :  cite ni best sgt... walaupun agak boring awalnya.. tapi makin lama makin best

~ iLLa fYRa ~

Friday, May 3, 2013

Pelangi Cinta Buat Suami


 Novel terbaru dari Acik Lana.. memang best... tp pada awalnya agak bosan tapi lama kelamaan makin best dan x sabar2 nak mengetahui babak selanjutnya..

Sinopsis:-

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.

Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap
semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”


~ iLLa fYRa ~

Monday, April 29, 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta




 Novel ketiga garapan E-man Sufi selepas Suami yang kubenci dan Hikayat Cinta Si Pematah Hati...memang teruja bila tau novel ni dah keluar.. so cpt2 dapatkan ... dah selesai baca.. seronok tapi mcm x puas cpt habis.. 

Sinopsis 
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! 
Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari 
jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya
 untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik 
perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh 
gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau
 berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah 
menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, 
seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian 
matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… 
Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja 
yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? 
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! 
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

~ iLLa fYRa ~

Tuesday, January 15, 2013

Novel Online - Karyaseni

 First time bli novel online.. kejap je dh sampai.. x smpai seminggu.. hari tu order kat Karyaseni. 






Tak sempat lagi nak baca sbb dh kna attend Bengkel kat KL lak.. so simpan dulu laa kat Penang

~ iLLa fYRa ~

Thursday, December 27, 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Sgt2 Awesome... X rugi membeli.. Tapi lagi bagus kalau dah pernah baca Novel Suami Yang Kubenci sebab watak dlm novel tu ada gak dalam novel nie...

“Saat pandangan kita bertemu, bermulalah hikayat cintaku...”

WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan s
eorang lelaki…

RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!

“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”

“Sorry… saya dah ada kekasih.”

“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”

“Hah?”

Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.

Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?


“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”

“Apa makna…”

“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”

Tajuk: Hikayat Cinta Si Pematah Hati
Penulis: E-man Sufi
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-33-8
Harga: RM35 (Semenanjung) // RM38 (Sabah & Sarawak)

~ iLLa fYRa ~

Thursday, June 14, 2012

Akukah Juwita?





Sinopsis:
Minah binti Temon. Kelakarnya nama tu! Klasik campur pelik. Namun, tuan empunya diri menjadi buruan ramai lelaki.
Lelaki pertama - Gaban. Musuh tradisi sekampung! Gaban menggelarnya 'Timun Kecut'. Malah, mereka sering bergaduh setiap kali bersua muka. Namun, dalam diam Gaban amat menyintainya.
Lelaki kedua - Halim. Pun orang sekampung. Berani hantar rombongan meminang untuk Minah. Salah satu sebab yang membuatkan Minah nekad keluar dari kampung dan mencari kerja di Kuala Lumpur, hingga menemukan Minah dengan lelaki ketiga - Rifki.
Rifki, si mamat poyo yang sering mengganggu gugat keharmonian hati Minah dengan usikan-usikan nakalnya. Tambahan pula, emak Rifki sangat berkenan untuk menjadikan Minah sebagai menantunya. Minah pening kepala.
Tak cukup dengan Rifki, datang pula Ukail - budakjahat yang sering merobek hati Minah. Perasaan Minah sering terbuku dengan tindakan dan kata-kata Ukail yang sememangnya mencabar kesabaran Minah. Persoalannya, di antara lelaki-lelaki ini siapakah yang meletakkan Minah sebagai juwita di hatinya?
“Dia bukan mencari seorang perempuan sehebat Siti Khadijah, tetapi cukuplah seorang Juwita yang sudi hidup bersama sepanjang hayatnya dan Akukah Juwita itu?”

kredit : kakinovel.com

** Best gak cite nie.. ada happy.. sedih (smpai nangis2 la aku) hehehe... ni yg wat nak abiskan baca semua novel2 yg beli masa Pesta Buka Antarabangsa nie.. Mood membaca sudah datang .. so kena teruskan.. **

Saturday, May 12, 2012

Novel Jodoh Itu Milik Kita

Dah selesai baca satu novel.. dah agak lama tak baca novel.. Ni beli masa Book Fair ari tue... Alamak.. entry g book fair pun x wat lagi.. isk isk isk..

Novel Jodoh Itu Milik Kita mmg best sgt2.. nangis gak la aku.. lama x nangis bila baca novel.. tapi novel keluaran karya seni ni mmg terbaik laa...

Sipnopsis...



“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?

Harga:

SM : RM26.00
SS : RM29.00




Monday, March 5, 2012

Novel Terbaru Damya Hanna - Ingin Berkasih Lagi

Wah excitednya bila tau Damya Hanna dah ade novel baru.. lama gak tggu novel terbaru tulisan dia.. Sebenarnya aku kenal ngan Damya Hanna ni.. masa tu join satu web .. n dari situ bila diadakan gathering.. so dpt la jpa.. n baru la tau yg dia adalah Damya Hanna.. mmg excited masa tue.. 


Novel baru ni bertajuk Ingin Berkasih Lagi

INGIN BERKASIH LAGI (Mac 2012)
Harga: RM25, halaman : 640
ISBN: 978-983-124-765-5






Sinopsis:





Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.





Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.





Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.


kredit to Damya Hanna