PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH.
Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan
disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah
menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...
“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam
dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak
awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”-
Alex
“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan
bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez
ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan
akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan
hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan
perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji
bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu
janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini
bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk
hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati
lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan
prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti?
Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus
diutamakan?
P/S : cite ni best sgt... walaupun agak boring awalnya.. tapi makin lama makin best
~ iLLa fYRa ~
No comments:
Post a Comment