Showing posts with label PSH. Show all posts
Showing posts with label PSH. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Taklimat 3 hari

Bermula dari Isnin 18 Jun hinggalah Rabu 20 Jun 2012, di adakan taklimat tuk staff2 baru yg di naikkan dari Pekerja Sambilan Harian ke Jawatan Kontrak.. dan juga staff2 yg fresh baru.. Agak bosan sebenrnya 3 hari tue tapi nak wat camne kan.. 
Taklimat tu just memperkenalkan jabatan2 yg ada di PTPTN.. Sepanjang 3 hari, minum pagi dan minum petang di sediakan oleh urusetia.. walaupun sikit tapi ok la dari x de langsung kan...  Dan pada hari kedua, di berikan surat lantikan dan hari pada hari Khamis lepas di berikan pula penempatan yg sepatutnya tuk kami.. 
Alhamdulillah.. mmg bersyukur di kurniakan jawatan nie.. coz baru la di kira dan diiktiraf sebagai kakitangan awam dan dapat menikmati segala kemudahan utk kakitangan awam.. syukur sgt2.. 

Monday, June 18, 2012

Dari PSH ke Jawatan Kontrak

Sabtu baru2 ni aku berada di Penang.. setelah 1 1/2 bln tak balik akhirnya balik gak.. pagi tu dlm kul 10.55, aku dgn khusyuknya memasak.. murtabak maggi..hehehe.. walaupun tdo sekejap je sebab perjalanan mengambil masa lbh kurang 5 jam n sampai penang pada pukul 5pg.. tp tetap wat breakfast...


Then.. kawan aku memanggil mengatakan hp berbunyi.. tapi x sempat jawab dah jd misscalled.. tgk2 no.. macam kenal coz pangkal 032098xxxx, dgn cptnya aku dail balik.. nsb talian x sbk.. bila org di sana jawab je trs macam nak menjerit.. coz dia jawab PTPTN.. wah.. tak sangka sgt2.. aku ditawarkan jawatan kontrak itu.. walaupun masih baru.. tapi interview aku tu berjaya.. alhamdulillah.. syukur sgt.. x sangka rezeki menyebelahi aku... thanks sgt2 pada kawan2 yg banyak mendoakan aku selama ini...

Tuesday, June 5, 2012

Interview Kontrak

Hari yg amat mendebarkan dari pagi ... Isnin dpt senarai nama dan masa utk di interview.. sepanjang minggu ni di adakan interview tuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 tuk TETAP n KONTRAK..  mmg tak meletakkan apa2 harapan coz ramai lg yg layak tapi kalo di berikan rezeki tu mmg la tak menolong...
Ke semuaanya ada 6 panel.. dan aku mendapat panel ke 3.. panel 3, seorg nya ketua zon cawangan dan sorg lagi bos aku.. huhuhu.. gentar gak asalnya tapi alhamduillah leh jawab dengan tenang dan gelak ketawa.. lega rasanya walaupun asalnya aku tak berniat tuk mendapat panel 3 tu.. tapi ok laa.. tak laa down sgt sekarang nie.. just tunggu result je.. jika tertulis rezeki aku.. maka dapatlaah jawatan kontrak tue.. kalo x.. maknanya lum sampai masanya lagi...