Showing posts with label Nikah. Show all posts
Showing posts with label Nikah. Show all posts

Tuesday, May 15, 2018

Blog Bersawang..

Diam tak diam dah berbulan tak update...Mood tu tak tau la hilang kat mana.  Sejak2 tau pregnant lagi la mood hilang terus.  Jadi malas.  Semua malas.  Orang tua-tua kata kalau mak malas nnt baby lahir pun jadi malas.  Tapi nak buat macam mana kan.  Banyak benda tak update.  Salah satunya aku admitted dan adik bongsu dah kawin. Dua perkara penting terjadi selain aku di sahkan pregnant dan asyik ulang-alik klinik untuk check up.  Dan the latest mesti lah PRU14 di mana Tun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri kali kedua.  

Semoga di beri kekuatan untuk update lepas nie.. 


~ iLLa fYRa

Monday, October 2, 2017

Tahun Baru Status Baru




Alhamdulillah tanggal 22 September 2017 bersaama dengan 1 Muharram 1439H aku sah menjadi isteri.  Majlis selepas asar berjalan lancar.  Permintaan nak nikah kat rumah termakbul kerana hari tu hanya aku saja bernikah di daerah tersebut.  

Dengan dua kali lafaz aku sah menjadi seorang isteri.. Masa tu mmg aku relax sgt.. tak de nak rasa berdebar ke apa.. tak tau la kenapa.. hehehe...

Yang penting semuanya berjalan lancar dan status aku pun bertukar di tahun baru ini.  Azam yang dah berapa tahun ini akhirnya tercapai..



~ iLLa fYRa ~