Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Thursday, August 16, 2018

Menghitung Hari

Tak banyak update pasal pregnant.. tup2 menghitung hari dah.. heheheh... skrh ni dah 38w5d dah.  EDD 25/08/2018.. berdebar2 sampai BP naik tiba2.. 

Macam2 rasa bercampur gaul.. Excited nak tgk baby dan takut nak hadapi rasa sakit tue.. Dgr pengalaman kawan2 lagi bertambah takut.. Moga Allah permudahkan proses bersalin x lama lagi.. 



~ iLLa fYRa ~

Monday, October 2, 2017

Tahun Baru Status Baru




Alhamdulillah tanggal 22 September 2017 bersaama dengan 1 Muharram 1439H aku sah menjadi isteri.  Majlis selepas asar berjalan lancar.  Permintaan nak nikah kat rumah termakbul kerana hari tu hanya aku saja bernikah di daerah tersebut.  

Dengan dua kali lafaz aku sah menjadi seorang isteri.. Masa tu mmg aku relax sgt.. tak de nak rasa berdebar ke apa.. tak tau la kenapa.. hehehe...

Yang penting semuanya berjalan lancar dan status aku pun bertukar di tahun baru ini.  Azam yang dah berapa tahun ini akhirnya tercapai..



~ iLLa fYRa ~

Tuesday, July 4, 2017

IIla & Faizal E-day

Alhamdullilah seperti yang dirsncsng majlis berjalan lancar pada 02/07/2017.. hari pertunangan aku dgn dia.. setelah 7bln berkenalan...
  Pakej bertunang aku amik kat kat Zura dari Kayangan Bridal.. mmg puas hati.. baik pelamin juga mekap..

 Majlis berlangsung selepas zohor lebih kurang 2 petang.. Selepas pihak lelaki sampai hujan turun mencurah-curah. 

Bakal mertua menyarungkan cincin

Famili lelaki

Gambar yang paling aku suka

My Fiance





Barang-barang hantaran




Dan kini aku telah bergelar tunangan orang dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 23/09/2017 nanti.

~ iLLa fYRa ~

Friday, September 12, 2014

Cuti-Cuti Kelantan - Hari Kedua

 Hari Kedua, kami just jalan2 sekitar KB.  Breakfast just beli dkt ngan food court dekat stadium.
Ni first time makan nasi tumpang.. so blh tahan gak laa..


Selesai breakfast dan checkout.. terus ke hotel kedua.. Tune Hotel.. Tapi sebelum tu sempat singgah kat Pasar Siti Khadijah untuk shopping kali kedua.. excited tgk kain2 dan tudung2 yg cntik2.. n murah kalau beli banyak

TRW Stations yang terletak di bawah apartment.

Kemudian kami ke PCB... time kami pegi tu tgh naik taraf nak buat tempat berjalan kaki menyusuri pantai so mmg serabut gak la.. tapi kami just singgah makan kat gerai yang terdapat di sana.

Masa mengambil makanan mmg tak tanya harga tapi bila nk bayar alamak.. mahal nya.. terkejut...






Sempat lagi beli siput ni.. siput ker? tak pasti nama.. cicah dengan air asam.. leh tahan la rasa nya


Selepas tu singgah jalan-jalan kat sekitar area KB plak...

~ iLLa fYRa ~

Tuesday, August 19, 2014

Cuti2 Kelantan - Hari Pertama

6/6/2014 hingga 8/6/2014 aku.. mama.. ayah n amy bercuti ke Kelantan.  Asalnya nk g kenduri jer tp amik cuti awal sehari sbb boleh berjalan2 kat sana. Kebetulan ayah pun lama teringin nak g kelantan.

Bertolak dari Penang kul 1030 pg dan sampai ke Kota Bharu pada pukul 4.30 ptg..

 3 Hari 2 malam kami menghabiskan masa di Kelantan.  Hari  Pertama kami menginap di Kelantan Trade Centre betul2 terletak di depan Stadium Sultan Muhammad IV.

Kebetulan ada karnival masa tu dpn stadium.. so bila dan sampai kul 4.30 ptg tu mmg penat laa... so just turun kat hotel order makan kat situ.. makanan berpatutan.. x la mahal sgt.. set nasi n air dalam RM6.90 sahaja.. ada macam2 makanan boleh pilih.. kami just tapau jer n makan kat bilik.. bilik bkn studio room tp apartment satu bilik.. ada hall.. dapur.. koridor mmg selesa sgt2...

Muat untuk kami berempat.. Selepas merehatkan badan, mlm tu aku n adik jalan2 kat karnival dkt stadium.. mcm2 gak la yg jual kat situ.. aku ada la membeli 2 helai jubah dress .. n makanan2 kat situ..byk makanan yang tak penah makan dan pelik bagi aku...






Friday, February 14, 2014

Selamat Pengantin Baru

Cuti raya cina ari tu aku ke Kelantan.. sampai adik aku ckp tiap kali cuti raya je g Kelantan.  Masa raya puasa hari tue g Kelantan sebab officemate kawin.. kali ni sebab exofficemate plak kawin.. kenal masa sama-sama keja kat Jabatan Perangkaan dulu.  Sekarang masing-masing dah tukar kerja n kawan aku ni keja kat SUK Shah Alam.
  Cuti start dari hari Khamis sampai la Ahad.  Lama gak la duduk kat Kelantan.  Walaupun x dpt berjalan sgt sebab kawan aku tu bz ngan kenduri di rumahnya.
Masa sampai tu baru dok mekap2.. stgh jam gak la nak tggu pengantin bersiap.  sambil tue berposing dulu kat pelamin n barang2 hantaran.
 

Oleh kerana tu la posing dlm bilik jer.. x smpt nak keluar ke pelamin sbb pengantin lelaki blum sampai.. kat Kelantan bersanding pukul 3 ptg.. jadi lama gak la nak tggu.. so kul 2 pas siap mekap terus amik gambar n balik sebab hari yang sama gak nak balik ke Penang sebab kenduri hari ahad 2/2/14.