Monday, September 12, 2011

Tiada Caj Perkhidmatan 6% Tanpa Kelulusan Kabinet

PETALING JAYA – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksana selagi belum ada keputusan kerajaan.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih sebelum melaksanakan tindakan tersebut.
“Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,” katanya pada sidang media, di sini, Ahad.
D’Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.
D’Cruz turut menegaskan tindakan telco yang mengeluarkan notis singkat berhubung isu yang boleh membebankan pengguna sebagai tidak wajar.
Terdahulu pada majlis anjuran Persatuan Malayalee Selangor dan Wilayah Persekutuan itu, D’Cruz menyampaikan anugerah kepada enam individu atas sumbangan mereka terhadap komuniti Malayalee antaranya Rajan Nair, Datuk Dr Nirmala Menon, A.C Pereira dan Prof Dr Aruna Gopinath. – BERNAMA

sumber: Mynewshub


p/s : tapi syrkt Telco ckp lain lak.. caj tetap di kenakan walaupun kabinet x luluskan mcm kes astro.. x leh naikkan harga tp still naikkan gak.... isk camner tue???

2 comments: