“Keluarga saya bertemu dengan keluarga Aisyah untuk memutuskan tali pertunangan kami pada hari Sabtu lepas, bersamaan 30 Julai 2011 di Ampang, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, saya & Aisyah sudah berbincang mengenai perkara tersebut seminggu sebelum tarikh putusnya pertunangan kami.
“Kami berdua dengan rela hati memutuskan pertunangan ini dengan cara baik serta mengikut adat Melayu. Mungkin, kami berdua mempunyai kelemahan masing-masing. Jujur kata, putusnya pertunangan ini bukan disebabkan perkara-perkara sensasi seperti kehadiran orang ketiga. Cuma, kami tidak mempunyai keserasian & kesefahaman, tiada jodoh,” kata Ally Iskandar menjawab pertanyaan media mengenai sebab-sebab putus tunang.Walau bagaimanapun, Ally Iskandar menyatakan dia sebenarnya berat hati untuk memutuskan pertunangan tersebut.
“Perkara ini amat berat kerana saya sudah bayangkan Aisyah sebagai bakal isteri. Saya agak kecewa & sedih kerana hubungan yang dirancang tidak menjadi. Lagipun, saya sudah berumur 35 tahun & lama membujang, sekarang sudah bersedia nak kahwin. Kami berdua cuba memberikan tempoh untuk memperbaiki hubungan, namun tidak boleh juga.
“Kami tidak pernah bergaduh besar. Malah, semasa rakaman Mentor dulu pun Aisyah selalu menemani saya. Cuma, sudah ditakdirkan kami tidak dijodohkan bersama.Setakat ini, hubungan kami berdua okay,” jelas Ally Iskandar mengenai status hubungannya dengan Aisyah selepas putusnya pertunangan mereka.
Ally Iskandar juga meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan pertunangannya dengan krisis pertunangan pemain bola sepak Malaysia yang terjadi baru-baru ini.
sumber - Oh!Bulan
No comments:
Post a Comment