Tuesday, January 18, 2011

Ayu-Zaquan Kawin 21 Januari Ini..



KL, 18 JAN 2011: Akhirnya setelah sekian lama berteka-teki tentang tarikh sebenar perkahwinan antara pelakon popular, Ayu Raudhah bersama pemain bola sepak kacak, Zaquan Adha, persoalan itu terjawab hari ini dengan ketibaan kad jemputan perkahwinan pasangan itu di pejabat portal murai.com.my.
Hai! Seronok tak terhingga Murai Batu bila menerima kad kahwin ini. Alhamdulillah bersatu juga mereka akhirnya? Kalau tak silap, kisah cinta antara penyerang bola sepak kebangsaan dengan dramatis terkenal itu, mula dihidu pihak media sejak tahun 2009 lagi.
Ketika itu kedua-dua mereka masih malu nak mengaku. Namun pengumuman pada Oktober lalu bahawa pasangan ini akan bernikah pada Januari ini, nyata menjelaskan betapa seriusnya hubungan mereka berdua.
Ayu Raudhah Che Wan, 25, yang juga adik kepada pelakon popular, Rozita Che Wan akan dinikahkan dengan Zaquan Adha Abdul Razak, 23, yang juga adik kembar kepada Aidil Zafuan, bekas ketua pasukan bolasepak kebangsaan pada 21 Januari ini (Jumaat), bertempat di Taman Mawar, Alor Star, Kedah.


Sumber: MURAI

1 comment: