Friday, December 17, 2010

Marion Rose Caunter Sah Jadi Isteri SM Nasarudin


KUALA LUMPUR 17 DIS 2010: Pengacara jelita, Marion Rose Caunter sah menjadi isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasarudin SM Nasimuddin setelah diijabkabulkan malam tadi di kediaman pihak lelaki di Bukit Tunku, di sini.

Majlis pernikahan tersebut telah diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat.

Pengacara E! News Asia ini, memilih busana baju kurung moden putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim untuk digayakan sewaktu majlis pernikahannya.

Sementara itu malam ini di Dewan Utama, Hotel Mandarin menjadi lokasi pilihan pengantin baru itu untuk majlis resepsi yang mana pengacara berusia 30 tahun tersebut mengayakan pakaian rekaan Vera Wang.

Selain itu, dalam masa terdekat sebuah lagi majlis bakal diadakan bagi meraikan pengantin di kepulauan Maldives.

Tiada pihak media tempatan yang diundang untuk membuat liputan sebaliknya hanya E!News sahaja dibenarkan untuk merakamkan detik-detik bersejarah itu.

Menyingkap perkenalan mereka, pengacara kelahiran Pulau Pinang itu telah pun saling mengenali pewaris kumpulan Naza itu sejak lima tahun lalu.


SUMBER: murai

1 comment: