KUALA LUMPUR,24 OKT 2010: Teka-teki bilakah tarikh perkahwinan pasangan popular Ayu Raudah,25 bersama pemain bola sepak negara,Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, akan berlangsung akhirnya sudah pun terjawab apabila Zaquan yang juga adik ipar kepada pelakon Rita Rudaini telah memberitahu sendiri bahawa dia bakal mengahwini kekasih hatinya itu pada tanggal 20 Januari 2011 akan datang.
Malah, sewaktu murai.com.my berjumpa dengan pasangan ini pada majlis hari lahir rakan baik mereka iaitu Fizz Fairuzz di Redbox, The Garden, Mid Valley pada petang semalam, mereka turut menyatakan bahawa mereka sudah pun bertunang.
Ia turut dibuktikan dengan sebentuk cincin kelihatan tersarung cantik di jari manis Ayu Raudah.
"Sebenarnya pada Ahad lepas iaitu 17 Oktober 2010, keluarga saya cuma menghantar rombongan merisik saja. Namun, secara tidak langsung majlis itu telah berubah menjadi majlis pertunangan. Saya tiada niat pun untuk menyembunyikan berita gembira ini. Selama ini, terlalu banyak cerita yang bukan-bukan tersiar di sana-sini. Dan Ayu pun sudah banyak kali memberikan komen. Saya pun pelik kenapa tak ada orang nak bertanya pada saya sendiri.
"Tapi, saya pun hanya mula berani cakap bila kedua-dua belah pihak sudah pun merestui hasrat kami selain sudah pun berjumpa dan membuat perbincangan secara rasmi. Ya, kami akan bernikah pada 20 Januari 2011 dan majlis pernikahan akan diadakan di sebelah pihak keluarga Ayu iaitu di kampungnya Kedah," kata Zaquan tanpa berselindung lagi.
Pemain bola ini terus mengakui jikalau terlalu ambil pusing dengan kata-kata orang, hal itu memang tiada gunanya. Apa yang paling penting, Zakuan menegaskan keluarga mereka lebih mengetahui hubungan yang terjalin di antara mereka berdua.
"Selama ini, saya bukannya tak mahu bersuara. Tapi, saya diam kerana bersebab. Tapi, dalam waktu yang sama, saya tidak sangka juga macam-macam cerita telah timbul di antara saya dengan Ayu. Saya pun tak tahulah macam mana nak terangkan macam mana.
"Kami sebenarnya dah lama rancang untuk berkahwin. Pada mulanya, kami ingatkan nak sekalikan je majlis tunang dan kahwin. Waktu perancangan itu dibuat, saya masih belum lagi disahkan injured. Oleh sebab sekarang saya dah pun dapat cuti rehat selama 6 bulan, maka keluarga saya terus rancang untuk buat majlis merisik ini pada 17 Oktober lepas,"ujarnya.
Menambah cerita, Zaquan turut menjelaskan bahawa segala persiapan kahwin telah pun diserahkan bulat-bulat kepada keluarganya terutama sekali dalam soal bab kenduri kahwin.
"Semuanya saya serahkan pada keluarga. Kami pun tak ada rancang nak buat majlis kahwin yang dilabel sebagai wedding of the year.Kami tak mahu peningkan kepala tentang hal persiapan ini. Apa yang ada dalam perancangan kami adalah kami akan bernikah di Kedah dan seminggu selepas itu, majlis persandingan akan dibuat di sebelah keluarga saya.
"Kami juga ada niat nak buat majlis resepsi di Kuala Lumpur. Namun, ianya masih dalam perancangan lagi. Soal hantaran semuanya dah ada tetapi saya minta maaf kerana tidak boleh menyatakan tentang hal itu. Kami pun dah pergi kursus kahwin pada awal bulan ramadan yang lalu," jelas Zakuan panjang lebar.
Apapun, apabila murai.com.my meminta komen dari Ayu Raudah akan hal ini, adik kepada pelakon Rozita Che Wan ini hanya mahu menguncikan mulutnya saja.
"Saya tak mahu komen apa-apa. Saya rasa lebih baik saya mendiamkan diri saja. Dah setahun hanya saya saja yang berikan komen. Kini tiba masanya Zaquan sendiri yang menjelaskan segala-galanya," ujar Ayu.

sumber: Murai
No comments:
Post a Comment