Thursday, August 12, 2010

Blackberry Bakal Diharamkan???

Isk betul ke.. risau la..

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, laporan itu kini dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dikemukakan dalam satu mesyuarat minggu ini.

“Laporan itu adalah tentang dakwaan kononnya perkhidmatan BlackBerry telah digantung di beberapa negara. Kita akan umumkan hasilnya selepas mesyuarat nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Malaysia Selamat (Msafe) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pada 4 Ogos lalu, pengawal selia industri telekomunikasi Arab Saudi dilapor mengarahkan perkhidmatan BlackBerry di negara itu digantung mulai Jumaat lepas kerana pengeluarnya gagal memenuhi syarat-syarat yang dikenakan pihak berkuasa negara itu.

UAE pada Ahad lalu pula mengumumkan, pihaknya akan menggantung perkhidmatan utama BlackBerry iaitu pengiriman mesej, e-mel dan pelayaran Internet mulai 11 Oktober ini disebabkan isu keselamatan.

Sumber: KOSMO

1 comment:

  1. haa.. dpt pun mekchu baca psl artikel pengharaman BB nih.. tq

    ReplyDelete