Showing posts with label Bas. Show all posts
Showing posts with label Bas. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

Rombongan dari Kajang

Sabtu lps rombongan dari Penjara Kajang datang melawat ayah.  Mereka mendapat tahu mengenai ayah lambat dan setelah mendapat berita terus datang satu bas ke sini.. wah.. excited ayah dpt jpa kawan2 lama dari sana.





~ iLLa fYRa ~

Thursday, June 21, 2012

Cabaran Penang - Kajang

Jumaat malam bas kul 11.15mlm. bertolak dr Kajang ke Penang.. wah setelah sebulan setengah tak balik sana.. at last dpt gak balik.. syok dpt jpa famili kat sana.. 
Sampai kat Penang kul 5 pg.. tu pun lama gak laa lepak2 kat Hentian Duta tue.. sampaikan aku dah tdo.. terjaga still kat Duta.. isk.. tapi alhmadulillah perjalanan lancar.. mmg aku suka sgt perkhidmatan bas EAGLE nie.. selesa sgt bas syarikat nie...


Ahad.. kul 4.30 ptg, sepatutnya bas kami utk balik ke Kajang.. kali ni naik kat Butterworth lak.. tp blh lak tggu punya tggu bas tak sampai.. kali kami pilih bas dr syarikat SHAMISHA.. bila dah bas tak sampai2.. so aku ke kaunter la nak ty.. blh lak dia ckp kitaorg dah terlpas bas.. punya lama tercongok kat Platform yg di nyatakan.. tak nmpk lak bas SHAMISHA.. tup2 cakap kami terlepas.. mmg bengang gile la aku kan..  nsb baik la dia tukar time ke 5.30 ptg.. pnt la menunggu je keja kami.. then ok la bila bas dah sampai rupanya bas yg 4 seat bknnya VIP.. adus.. dah la sempit.. perjalanan jauh.. aircond slow.. mmg x selesa sgt laa.. mmg taubat la nak amik bas SHAMISHA lagi.. 
Sepatutnya kalo bas 5.30 ptg akan sampai dlm 10.30 malam tapi dkt kul 12 baru sampai coz bas ni byk lak perhentian.. baik hati sgt driver nie.. Byk tul perhentiannya..

Butterworth  - Ipoh - Sungkai - Rawang - Sg. Buloh - Hentian Duta - Puduraya - Kajang

Walaupun just berhenti di perhentian R n R tp tetap mengambil masa.. dan membuatkan perjalanan menjadi lama dan panjang.. Tapi alhamdulillah selamat sampai... 

Friday, February 10, 2012

Dugaan Sepanjang Nak Balik Penang


Sabtu lepas, adik aku keja shift morning n balik kul 6.. sebelum tu kami dah beli tiket bas Eagle tuk ke Penang..    sebelum balik, kami sempat ke bandar tuk mencari beberapa barang tuk di bawa balik ke Penang...

Kali ni terdapat dugaan yg perlu kami tempuh.. dah la first time adik aku naik bas.. then ade lak dugaan yg tak di duga.. Dugaan pertama, x sape yg boleh antar kami ke stesen  bas malam tue.. ramai jiran2 n sedara yg berdekatan balik ke kg kerana cuti panjang.. tapi kami bernasib baik kerana manager adik aku sudi menumpangkan kami...

bas yg berhenti di tepi jalan

Dugaan kedua apabila bas rosak.. Perjalanan kami sepatutnya bermula pada jam 11.15 tetapi memandangkan bas kosong, bas tersebut telah berhenti di Hentian Duta dan hanya bergerak pada jam 12.30.. perjalan tak sampai dua jam tup2 bas stop tepi jalan.. aku yg ketika tu tengah tdo agak terkejut bila aircond bas tiba2 teroff dan bas stop... rupanya ada masalah...  ketika tu kami baru berada di Sungkai..  tapi aku salute sgt dgn pengurusan bas Eagle coz dpt mencari bas ganti dengan cpt.. x sampai 30minit ...

Dugaan ketiga .. apabila bas rosak.. timing pun lari.. x de lak org nak amik kat bas stand Penang coz kami tiba kul 630 dan ayah plak keja shift pagi n adik lelaki aku tak tau jalan.. so agak complicated dan prob solve bila adik aku just main redah je walaupun sesat.. alhamdulillah kami selamat sampai kat umah...