Thursday, January 12, 2012

Surprise Birthday Khairul Fahmi Che Mat Apek ke-23

KUALA LUMPUR – Gadis yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Dahlia Teck  telah menganjurkan “suprise party” yang cukup romantik sempena hari lahir Khairul Fahmi Che Mat yang ke-23 baru-baru ini.

Menghangatkan lagi suasana romantis tersebut, Dahlia turut merakamkan kemesraan mereka menerusi rakaman video yang kemudiannya dimuat turun ke laman Youtube oleh juruvideo tersebut yang dikenali sebagai Hazremi dari Imoments Videography.

Di dalam video itu, jelas sekali menampakkan betapa romantiknya Dahlia melayan Apex apabila mereka saling suap-menyuap kek dan difahamkan bahawa gadis itu sanggup datang dari Melaka untuk membuat “suprise party” tersebut.

Apex di dalam video itu turut mengucapkan rasa terharu dan terima kasihnya kepada semua yang menjayakan majlis harijadinya itu, khususnya Dahlia yang dikatakan sebagai perancang utama kepada majlis berkenaan.



kedit: Mynewshub

No comments:

Post a Comment