Tuesday, November 1, 2011

Temuduga Terbuka + Jalan2 di MAEPS

Jumaat lepas kami seofis ke MAEPS Serdang.. tgk iklan kat paper ade 500 kekosongan jawatan.. masa tu tak terpikir lak yg interview ni dia wat macam kat Pameran Kerjaya..  bila sampai je kat sana rupanya ade MICCOS 2011...


Kat pintu masuk

MICCOS ialah Pameran & Persidangan Komoditi Antarabangsa Malaysia (MICCOS) adalah acara perdana dalam sektor komoditi negara. MICCOS adalah satu acara dwi-tahunan yang menemukan para penggiat industri utama serta usahawan dalam sektor komoditi. MICCOS 2011 yang dianjurkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan diadakan dari 28 - 30 Oktober 2011 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.

Koko
Kelapa Sawit.. teruja dpt pegang kelapa sawit yg ori


Buat corak dengan latex

Tada.. hasilnya

Byk gak la pengetahuan yg kami dpt .. sempat masuk games kat sana..  kami dpt mengetahui mengenai minyak sawit, kayu-kayan, getah, koko, lada, tembakau, kenaf, jatropha dan sagu. Dpt hadiah mug, n then collect bookmark.. pen. .. best gak laa.. misi kami nak interview tak jadi coz majoriti nya jawatan utk lelaki.. hmm.. frust gak laa... tak kisah la yg penting kami suka bergambar... 

Pameran barang2 kayu termask lah pondok

Ni la collection kami ari tu

1 comment:

  1. wau best gak yerk.. banyak gak dapatni ... ilmu pun dapat.. bergambarpun dapat.. update blog pun dapat...

    ReplyDelete