Khususnya apabila laporan dalam akhbar harian tersebut menyiarkan laporan bahawa Yusry KRU bakal mendirikan rumahtangga dengan pelakon popular tersebut pada tahun 2012.
Walaubagaimanapun, Yusry mengakui bahawa hubungannya bersama Lisa Surihani semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jinjang pelamin. Buat masakini, pasangan ini masih belum berbincang tentang isu perkahwinan.
Oleh yang demikian diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan Berita Harian baru-baru ini. Yusry memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa di atas kenyataan yang telah dibuat oleh pihak akhbar berkenaan.
Insya'Allah pada masa yang akan datang jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan Yusry KRU dan Lisa Surihani , pihak KRU Studios akan memaklumkan kepada kesemua pihak media.
sumber: Murai
No comments:
Post a Comment