Wednesday, July 27, 2011

Suhaila Tetap Tuntut Cerai Dari Jimmy Shanley

PETALING JAYA: “Saya tidak akan kembali semula kepadanya walaupun dia sudah berubah, tetapi saya maafkan kesalahan dia,” kata Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh, 31.Wanita itu juga menegaskan tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadapnya.

Nursuhaila mengesahkan demikian pada sidang media yang diadakan semalam untuk menjawab segala kontroversi hubungannya dengan suami termasuk yang terbaru mengenai majlis cukur jambul bayi mereka.

Ini kali pertama Nursuhaila mengadakan sidang media yang dihadiri bapanya, ahli perniagaan, Datuk Suhaimy Othman. Bagaimanapun, Suhaimy tidak memberi kenyataan kepada media.

Nursuhaila berkata, dia mengadakan sidang media selepas begitu lama bersabar dengan pelbagai kenyataan Jimmy mengenai rumah tangga mereka. Bagaimanapun, kesabaran itu hilang apabila pelakon itu menghebahkan dalam media kononnya majlis cukur jambul anak mereka dibatalkan.

“Jimmy memberitahu media majlis itu yang kononnya diadakan pada Sabtu lalu dibatalkan, tetapi sebenarnya majlis itu akan berlangsung esok (hari ini) dan itu bukan majlis Jimmy, sebaliknya abah yang rancangkan semua dan ini majlis tahunan termasuk untuk cukur jambul anak abang saya,” katanya.


Dia berkata, Jimmy tidak berhak membuat kenyataan mengenai majlis berkenaan kerana itu bukan majlis dia.

Nursuhaila berkata, bapanya sentiasa mengadakan majlis tahunan untuk rakan dan media setiap kali Ramadan dan Aidilfitri sejak lima tahun lalu.

Lagi Berita - METRO

No comments:

Post a Comment