Monday, April 18, 2011

Ashraf Muslim Tunang Bakal Doktor 23 April Ini




Tahniah .. akhirnya segala teka-teki bakal terjawab.. pelakon Ustaz Amirul bakal melangsungkan pertunangan dengan seorg bakal doktor.. Bakal tunang nya itu juga seorg yang bertudung dan solehah..


"Apa yang boleh saya katakan, perkenalan kami bermula ketika bertemu di klinik saya kemudian kami terus berkawan rapat. Dia seorang yang bertudung, solehah, sedap mata memandang dan saya memang cukup selesa dengannya. "Lagipun, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini," ujarnya. Dalam pada itu, menurut Ashraf, sejak sibuk dengan klinik dia sudah kurang berlakon dan akan berhenti berlakon untuk tahun ini. "Memandangkan saya baru bukak secara rasmi klinik saya pada tahun ini, jadi saya mengambil keputusan untuk fokus dahulu dengan klinik saya pada tahun ini. "Jika saya sambung berlakon pun saya akan cuba mengelak dari melakukan adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa menjayakan sesi fotografi. Jadi, saya juga akan cuba mengelak untuk bergambar berdua-duaan dengan wanita . Harap semua pihak meghormati keputusan saya," tambahnya lagi. Dalam perkembangan lain, Ashraf juga muncul di program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada setiap Jumaat, pukul 8 hingga 10 pagi. Ashraf akan mengendalikan sebuah slot yang memaparkan tentang cara perubatan Islam.


sumber: Murai

No comments:

Post a Comment