Sunday, January 23, 2011

Aidil Perjelas Ketiadaan Rita Rudaini



ALOR SETAR, 21 JANUARI 2011: Sejak perkahwinan mereka, nyata kehidupan rumah tangga pasangan Mohd Aidil Zafuan,23 dan Rita Rudaini Mokhtar,34 ini tidak sudah-sudah dilanda kontroversi. Dari perkahwinan mereka di Siam sehingglah kepada penerimaan keluarga sebelah lelaki terhadap menantunya, nyata pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi.
Begitulah perjalanan kisah rumah tangga pasangan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini Mokhtar, 34. Terbaru ialah kes Aidil memfailkan permohonan sulh dan hak penjagaan anak terhadap isterinya. Konflik rumah tangga ini kemudian membawa kepada ketidak hadiran Rita ke majlis akad nikah dan resepsi kembar Aidil, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah.
Ketika ditanya punca ketiadaan Rita ke majlis tersebut, Aidil menjelaskan isterinya tidak dapat hadir kerana sedang sarat mengandung 5 bulan untuk anak kedua mereka.
"Dia kini sedang sarat mengandung anak kedua kami 5 bulan, jadi saya nasihatkan dia untuk berehat saja di rumah di Kuala Lumpur. Tapi Insya Allah untuk majlis resepsi kedua di Paroi, Negeri Sembilan, dia akan hadir kerana jaraknya lebih dekat", ujar pemain pertahanan Negeri Sembilan itu.


sumber: Murai

No comments:

Post a Comment