Friday, October 29, 2010

Rita Rudaini Keliru, Terkejut Dengan Tindakan Aidil?



28 OKT 2010: Lepas je Murai Batu tulis pasal pemain bola sepak
terkenal Aidil memfailkan permohonan sulh dan hak penjagaan anak terhadap
pelakon, Rita Rudaini, hari ini dikejutkan pula dengan kenyataan Rita yang
dikatakan musykil dengan tindakan Aidil tersebut.
Murai Batu difahamkan lagi,
Rita yang hanya mengetahui tentang berita suaminya ke mahkamah menerusi media
itu benar-benat terkejut kerana sebelum itu suaminya ada menyatakan bahawa dia
menyayangi Rita dan anak .
Tambahan lagi menurut sumber memberitahu Rita akui
hubungan mereka sudah tidak ada apa-apa masalah lagi dan dsemuanya berada dalam keadaan yang baik terutama sejak kali terakhir mereka bertemu. Malah, Murai
Batu dengar sebelum ini Aidil turut berjanji kepada Rita bahawa dia akan menjaga
rumah tangga mereka dan memastikan kandungan Rita yang baru berusia tiga bulan berada dalam keadaan baik.
Kasihan Murai Batu dengan Rita yang sedang
berbadan dua sekarang ni. Lebih kasihan lagi apabila Murai Batu dapat tahu Rita
semakin keliru dengan tuntutan hak penjagaan anak oleh Aidil itu kerana mereka
belum bercerai dan masih sah suami isteri.
Kalau Rita pun keliru, Murai Batu
lagi lah pelik dengan tindakan Aidil itu. Apa-apa pun Murai Batu harap hubungan
mereka akan terus kekal dan tidak akan ada apa-apa masalah selepas ini. Bukan
apa, Murai Batu kesian lah dengan Rita yang kini sedang hamil anak keduanya itu.
Buat masa ini, Murai Batu dengar Rita tinggal sementara waktu di rumah
adiknya yang terletak di Taiping, Perak manakala Aidil pula tinggal di rumah
keluarganya yang terletak di Sikamat, Seremban.


sumber: Murai

2 comments:

  1. npa camtu...dah sweet2 da..jgn la gado2..huhu

    ReplyDelete
  2. nape ngan Aidil tu erk.nmpk mcm dia syg sgt ngan rita..semoga diaorg bkekalan la..

    Meh singgah: Al-Fatihah..T.T

    ReplyDelete