Wednesday, June 9, 2010

SINETRON ALISA DI TV3



Drama menampilkan Alyssa Soebandono, bintang muda berbakat besar dari seberang memegang watak “Alisa” bergandingan dengan Christian Sugiono serta pelakon popular, Nia Ramadhani dan Donna Harun di antara yang membarisi drama ini.


Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar, “Slot Sinetron mempunyai peminatnya yang tersendiri dan pernah berjaya mencapai rating sebanyak 3 juta penonton. Drama ‘Alisa’ mengisahkan percaturan hidup gadis yang gigih berusaha membina kehidupan yang terbaik namun nasibnya berubah apabila tanpa disangka menemui cinta dengan jejaka yang paling dibenci. Tetapi kebahagiaan yang dikecapi tidak lama apabila Alisa mendapat tahu mengenai kebenaran yang sangat mengejutkan.”

Sinopsis ringkas drama ini menceritakan tentang Alisa, seorang gadis yang bijak, bertanggungjawab dan gigih berusaha untuk menyara kehidupan dan membiayai kos perubatan bapanya yang sakit. Walaupun masih muda, pelbagai jenis kerja dan tugasan telah dilakukan oleh Alisa demi untuk memastikan keselesaan keluarganya.
Nasib Alisa berubah apabila bertemu dengan Evan (Christian Soebandono) buat pertama kalinya di dalam satu situasi yang tidak menyenangkan. Ketika itu, Alisa sedang bertugas sebagai Pembantu Jualan Minuman dan secara tidak sengaja telah terlanggar Evan hingga terjatuh.

Kebetulan pula Evan sedang mengejar seorang pencuri yang telah mengambil barangnya. Evan bertambah marah kerana bajunya basah dan dia pula perlu berjumpa dengan klien pada waktu yang sama.

Siapa sangka permainan takdir mempertemukan mereka kembali apabila Alisa menyambung pelajarannya dan Evan merupakan pensyarah di sana. Mereka sering tidak bersependapat. Alisa tidak selesa dengan sikap Evan yang angkuh dan kaki perempuan. Antara yang begitu menggilai Evan ialah anak perempuan jutawan kaya dan popular, Natasha (Nia Ramadhani) yang juga merupakan majikan Alisa.

Manakala Evan pula merasakan Alisa seperti tidak menghormati dirinya dan tidak suka akan sikap gadis tabah ini yang seolah-olah lebih arif tentang hal dunia dan sebagainya. Namun hakikatnya, mereka berdua tidak dapat menafikan perasaan antara satu sama lain. Mereka mula keluar bersama dan saling mengenali hati-budi masing-masing hingga bermula bibit-bibit cinta di antara mereka.

Kedua pasangan akhirnya bersetuju untuk memeterai perhubungan dengan ikatan perkahwinan. Namun, saat bahagia yang dikecapi tidak berpanjangan apabila kebenaran lama yang dirahsiakan kini terbongkar! Rupa-rupanya Alisa dan Evan mempunyai ikatan persaudaraan kerana Alisa adalah anak kandung hasil hubungan sulit di antara ibunya dan Henri, ayah Evan! Dengan hati yang berkecamuk, majlis perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan dan masing-masing perlu menghadapi kenyataan yang pahit ini.

Mampukah Alisa dan Evan menerima hakikat yang pedih ini? Apakah perasaan cinta mereka akan berkubur begitu sahaja? Mungkinkah mereka akan kembali kepada bekas pasangan masing-masing yang sedia menunggu hingga diberi peluang kedua? Untuk mendapatkan jawapannya jangan lupa saksikan kisah kemelut hidup dan perasaan Alisa yang penuh emosi dan drama di TV3 mulai 8 Jun, setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.00 petang.

Soundtrack untuk Sinetron Alisa berjudul “Cinta Sampai Di Sini ” oleh D’Masiv. Ini lirik lagunya.

mencoba tuk pahami
mencari celah hatimu
bila harus menangis aku kan menangis
namun air mata ini telah habis

Chorus :
segalanya telah kuberikan
tapi kau tak pernah ada pengertian
mungkin kita harus jalani
cinta memang cukup sampai di sini
mencoba tuk rasuki
menyentuh palung jiwamu
bila harus mengiba, aku kan mengiba
namun rasa ini telah sampai di ujung lelahku

Chorus :
segalanya telah kuberikan
tapi kau tak pernah ada pengertian
mungkin kita harus jalani
cinta memang cukup sampai di sini


kredit to www.budiey.com n pangeran229.wordpress.com

No comments:

Post a Comment