Saturday, January 17, 2009

MauT


Sabtu lps jam 9.30mlm g Jusco Cheras Selatan ngan adik2 n tgk movie di atas.. leh tahan arr cite tu.. tak laa best tp mesej yg di sampaikan tu yg amat berguna tuk kt beringat..



PENGARAH: Bade Azmi
PELAKON: Que Haidar, Hasnul Rahmat, Liyana Jasmay, Reza, Ija, Fauziah Nawi, Noniswara, Sabrina Hasan, Nana, Diana Danielle, Fauziah Ghoush dan Sherry.
GENRE: Misteri/Seram

MULA TAYANG: 15 Januari 2009

Mana mungkin penonton akan terhibur dengan filem yang bukan saja berat tetapi jalan ceritanya seolah-olah mengelirukan. Menonton ketiga-tiga cerita dalam Maut bakal meninggalkan emosi bercampur baur di hati penonton, cuma ada subplot yang tidak ditangani selayaknya meninggalkan penonton dalam keadaan tertanya-tanya. Antaranya (dalam cerita ketiga) ketika JJ (lakonan Que) dalam keadaan koma, muncul kanak-kanak lelaki dalam keadaan mengerikan sejurus selepas terbabit dalam kemalangan ngeri (babak imbas semula). Babak ini sedikit mengelirukan kerana tidak dijelaskan hubungan kanak-kanak itu dengan JJ - begitu juga kemunculan seorang gadis yang meratapi JJ di hospital kerana ia ada kena mengena dengan keterlanjuran masa lalunya.

Begitu juga pada cerita kedua, ketika Farah (lakonan Sabrina) memandu dalam keadaan marah dan pada masa sama azan berkumandang di setiap saluran radio yang cuba ditukar sehinggalah dia memasukkan CD lagu. Babak itu terhenti dan tiba-tiba saja Farah dilihat sedang berjalan kaki untuk menunaikan solat tarawih sebelum pengsan di perkarangan masjid. Namun, kelemahan kecil ini banyak dibantu sinematografi dan kesan imej janaan berkomputer (CGI) yang seimbang. Gambaran ‘daun’ kehidupan dalam bentuk grafik yang cantik lalu gugur berhampiran sebatang pokok cukup merimbun - itulah simbolik peringatan daripada Allah SWT sebelum ajal datang bertamu.

Kekuatan lakonan Eja, Hasnul Rahmat, Fauziah Nawi, Raja Farah dan Awal walaupun seketika sudah cukup membantu menghidupkan watak dan perwatakan. Secara kesimpulannya, Maut adalah filem yang mampu buat peminat filem Melayu teruja untuk datang menonton dan pulang dengan persoalan selain juga mengundang keinsafan dalam diri. Maut bermula dengan cerita pertama mengisahkan Su (Liyana Jasmay) yang menaiki bas yang sama dengan seorang gadis bernama Fadilah dalam perjalanan pulang dari universiti. Setelah pulang ke rumah, tiba-tiba pintu rumah Su diketuk. Fadilah muncul dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh kerana baru saja menjadi mangsa ragut. Oleh kerana malam semakin larut, Su mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya. Keesokan hari, Su dapati Fadilah tiada. Kebetulan TV menyiarkan berita kehilangan Fadilah. Berjayakah Su merungkai misteri kehilangan Fadilah.

Cerita kedua pula mengisahkan Farah (Sabrina), pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, seorang jejaka Inggeris. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun, ketika di parti itu, Farah cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan seorang perempuan lain. Mereka bergaduh besar dan Farah terus keluar meninggalkan Duke.

Dalam kisah ketiga, JJ seorang pemuda yang hilang pegangan agamanya. Tatu menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang menghadiri konsert Black Metal, JJ dan kawan-kawan terbabit dalam kemalangan ngeri. JJ cedera parah dan koma.

No comments:

Post a Comment