Banyak betul dugaan tahun baru ni.. mama di sahkan mengidap kanser pangkal hidung stage 4 pada 19 Disember 2013.. pada 21 Disember 2013, tiba2 ayah diserang strok.. jam 2 pagi tiba2 tangan kirinya longlai dan aku serta mama terus bawa ke emergency Hospital Penang. Hampir 6 jam menunggu barulah dapat tahu yang ayah memang kena strok. Terlalu sedih dan pedih.
Ayah admitted lebih kurang seminggu... mama yang banyak menjaga ayah kerana ayah malu dengan anak-anak. Ayah malu anak2 nak mandikan dia.. hanya mama. Aku kesian dengan mama kerana mama juga sakit dan perlu menanggung kesakitan ...
Setelah ayah discharge, ayah berurut. Hari2... berurut.. kini hampir 11 hari.. alhamdulillah ayah dah boleh bergerak perlahan-lahan. Mama masih tidak sihat. Hari2 diserang asma. Mungkin letih kerana perlu menjaga ayah. Perlu mengurut ayah bila ayah lenguh2...
Kalau diikutkan 26 disember mama perlu menjalani pembedahan tetapi terpaksa tangguh sehingga bulan 3 sebab mama risau tiada siapa yang boleh jaga ayah.
Aku pula... sejak 27 Disember hingga hari ni masih tidak sihat.. demam, batuk, selsema, lengkap pakej.. dah 2 klinik aku singgah tapi alhamdulillah dah makin sembuh.. harap2 cepat sembuh. Boleh tolong mama jaga ayah.. tolong urut ayah walaupun ayah lagi suka adik yg urutkan..
Harapan aku di tahun baru ni.. ayah cepat sembuh dan mama dapat menjalani pembedahan secepat mungkin. Semoga mama dapat bertahan dan penyakit mama dapat di sembuhkan.
~ iLLa fYRa ~
semoga keadaan ayah awak semakin baik and cepat sembuh :')
ReplyDeleteTq
Delete