Tak la pandai sgt pasal hukum hakam nie.. tp aku slalu merujuk pada majlis fatwa mengenai isu2 yg timbul2..
Telah tersebar di Facebook tentang sebuah hadis yang dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari & Muslim dalam kitab mereka. Hadis tersebut berbunyi;"Barang siapa yang meniru, mengucapkan selamat kepada agama lain, bererti ia telah kafir & Neraka Janahamlah tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)
Saya telah bertanya kepada Ustaz Razali Tahir tentang hadis ini dan menurut beliau, hadis ini tiada dalam kitab Bukhari & Muslim. Saudara Mohd Nawawi Abdul Razak juga mengatakan ianya palsu dan tiada di dalam dua kitab hadis tersebut? Persoalannya, bagaimana boleh timbul hadis palsu ini?
Jangan kerana kita ingin mempertahankan hujah kita menjadikan kita berdusta di atas nama Nabi SAW. Tanpa disedari kita pula membawa fitnah kepada Islam. Mohon kaji dan periksa sebelum share hadis yang tidak diketahui asal usulnya. Jangan bila orang tulis Bukhari & Muslim kita terus share.
Oh! Media: Kami sekadar berkongsi akan ini. Nantikan jam 11 pagi akan satu post di Oh! Media yang akan menjelaskan mengapa mengucapkan selamat hari krismas atau sebarang perayaan kepada bukan Islam itu adalah harus hukumnya atas sebab tertentu dan bagaimana pula haram hukumnya atas sebab tertentu. Salam ukhwah.
Penjelasan di web e fatwa
Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah
membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat
Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan
bahawa:
-
Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan
dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau
iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua
agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
-
Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas
dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam
untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
- Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
~ iLLa fYRa ~
No comments:
Post a Comment