Sgt2 Awesome... X rugi membeli.. Tapi lagi bagus kalau dah pernah baca Novel Suami Yang Kubenci sebab watak dlm novel tu ada gak dalam novel nie...
“Saat pandangan kita bertemu, bermulalah hikayat cintaku...”
WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama
lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih
belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi
Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia
bertemu dengan s
eorang lelaki…
RAYYAN RAIQARL... lelaki
yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang
gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada
keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh
cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang.
Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan
perampas kekasih orang!
“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”
“Sorry… saya dah ada kekasih.”
“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”
“Hah?”
Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang
sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu
memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi.
Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit
yang tertanggung dalam hati.
Mampukah Wafeen Wardah
mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri
jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah
hati dan siapa pula si pematah hati?
“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”
Tajuk: Hikayat Cinta Si Pematah Hati
Penulis: E-man Sufi
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-33-8
Harga: RM35 (Semenanjung) // RM38 (Sabah & Sarawak)
~ iLLa fYRa ~
No comments:
Post a Comment