Monday, April 23, 2012

Jumpa Artis kat PTPTN...

Seminggu dah balik ke HQ Ptptn.. still kena catch up ngan keja.. lum familiar lagi.. hope dpt la menguasai nya dgn cepat...

Last week Diana Amir dtg.. wah mmg cantik dan cun melecun.. sjk pakai tudung ni lagi la bertambah cun.. baik dan peramah sgt2...


Dan tadi .. Faezah Elai lak yg dtg.. dorang ni  dah dtg PTPTN mesti la sbb nak byr loan kan.. Tapi member yg jaga kaunter ckp Faezah Elai agak kerek dan sombong.. tapi tak tau laa.. ni pun dgr dr dorg.. bukan nye dpan2.. 



Sunday, April 22, 2012

Wan Najdi Imam Muda Add FB Aku..

Wah.. excited lebih.. hahaha.. tak sangka tul Wan Najdi Imam Muda tu add aku kat FB.,, agak2 nya nape yerk??? Surprise...

Sebenarnya Wan Najdi ni jiran aku..kat Impian Makmur nie.. . huhuhu.. so sbb tu la dia add aku kot.. tapi x penah la nak berborak sakan.. bergambar penah laa.. tu pun masa jamuan raya dulu.. 

Suka dengar IM Wan Najdi ni menyanyi, bernasyid n azan.. sedap suaranya.. menusuk kalbu.. huhuhu...

Friday, April 20, 2012

Buffered Earning Lagi..


Dapt BE lagi.. kali ni dari KAO Laurier Perfect Comfort  lak.. aku pun x sure sejak bila BE ni muncul coz aku x penah jpa lagi.. tapi anyway .. thanks to Nuffnang.. n Kao.. juga kawan2 yg sudi klik2 iklan Nuff nie.. 

Thursday, April 19, 2012

Feri Penang..

Masa balik ke Penang ari tue naik jambatan.. n time balik ke KL, request kat adik nak naik feri coz lama sgt x naik feri.. mula2 risau byk kenderaan tapi alhamdulillah.. x perlu tunggu pun.. sampai je jeti terus naik feri.. excired mengalahkan budak2... hehehe,,,





Sunday, April 15, 2012

Apex Dah Single???

Ini mungkin satu khabar yang mengembirakan untuk golongan wanita negara ini apabila penjaga gol kebangsaan yang semakin hot, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex sah kembali solo.

Yup…Apex mengesahkan kepada majalah URTV dia sudah berpisah dengan Dahlia Teck.

“Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan,” katanya dalam majalah itu.

Apex bagaimanapun enggan menyatakan jika perpisahan dengan Dahlia Teck berpunca daripada pihak ketiga.

Dia juga memilih untuk kekal single buat seketika...Hingga bila tu Pex?

“Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau  nak memikirkan soal cinta,” katanya.

Apex pernah bertunang dengan Elia. Selain itu, antara nama yang pernah terkait dengan dirinya adalah Nora Danish dan Leuniey Natasha.

Tidak ketinggalan juga nama Shida Harmi.

sumber- Mynewshub

Apex kiri dan Leuniey dua dari kanan

p/s - eh.. penah ke Apex mengaku bercinta ngan Dahlia Teck tu??? Apex dh jd model tuk Simply Siti dah Leuniey lak duta Simply Siti perfume.. hmm.. kebetulan ker???

Saturday, April 14, 2012

Bukit Bendera 2012

Hampir 15 thn gak la tak naik bukit bendera nie... dulu train lama dan kena tukar2.. tapi skrg ni dh x payah.. train lebih selesa dan cepat.. .lebih cepat dr LRT kat KL nun.. 

Kami ber5 tp sorg adik aku free je.. aku kena byr half coz pakai matrik kad..

Sebelum bli tiket.. gmbr gelap sbb salah edit..
Kami berlima kesana, aku, 2 adik aku dan 2 org kwn dia... semuanya perempuan.. seronok gak naik train baru nie.. 
Jalan keretapi bukit

Aku n amy


Di Puncak
Semua tempat kami pergi.. masa nak ke tempat periuk kera nie.. kami terpaksa berjalan sejauh 4km.. kalo x nak jalan leh naik kereta macam kat golf tue.. sebuah kereta kena byr RM30.. tp jalan lagi best coz leh amik2 pic..

Nak tgk periuk kera or monkey cup

Kami semua
Kami naik dlm kul 2 ptg n turun dkt2 kul 4.. penat gak la berjalan kat atas tu tapi kepenatan tu tak terasa sgt coz dpt menikmati alam sekitar yg masih hijau dan udara yg segar dgn angin yg sejuk.. mmg syok sgt2... 

Friday, April 13, 2012

Baju Batik Kami

Hari Isnin survey on9.. nak bli kain ela batik tuk 6 org.. lama dah plan nak pakai sama2.. at last termakbul gak.. dah jumpa yg berkenan, then.. terus booking.. mmg cpt tul process.. pas booking owner bagi traking nombor.. then hari Selasa dpt la kain tue.. kos postage free coz kami bli 6 pasang.. jimat la kat situ.. sorang just byr Rm35 je tuk sepasang baju.. so pas ni nak kena cari tailor la plak.. 
Baju batik wajib dipakai oleh kakitangan kerajaan dan semi gov setiap hari khamis.. so sbb nak bg nampak boria.. kami plan beli yg sama warna dan corak... 


Thursday, April 12, 2012

Karnival Kasut 2012

 Selepas keluar dari dewan tuk Karnival Masuk U, kami singgah lak ke Festival Kasut.. dalam PWTC tu gak.. mcm2 jenis kasut ada kat sini.. harga pun berpatutan dan branded.. kami x beli apa2 pun.. just jalan2 n amik pic.. 
Sebelum naik ke dewan

Jalan ke Festival Kasut
Pameran kasut

Membelek harga

Kasut terbesar di dunia

Sebelum masuk ke Shoe Wonderland

Di dalam SHoe wonderland




Nak balik dah

Wootmedia-blogging-shirts-giveaway

Jom join GA nie.. 


Yang bertuah akan dapat tshirt mcm kat bawah nie.. ekslusif tau..



Nak tau lebih lanjut, mengenai syarat2 penyertaan, boleh la ke website yg tertera di atas ye.. 

Tuesday, April 10, 2012

Karnival Jom Masuk U


Ni kejadian pada 1 April lepas.. tapi memandangkan kemalasan menaip tu menjadi2 .. so jd lambat laa nk wat n3 nie.. huhuhu... kami bertiga ke sana.. bawa keta n park kat TBS.. then naik LRT je kat Bandar Tasik Selatan... kejakunan sekejap sbb kat LRT dah pakai coin mainan yer...


Tgh menunggu adik mendaftar di booth UniKL

Aku n adik

Terjumpa ALiff AF6

Khai pun ada

dan Rosma yg cun

Penat gak laa nak jalan2 satu PWTC tu.. naik lenguh2 kaki kami.. tapi yg syok nya leh collect bag2 dari setiap U n kolej yg ada kat situ.. lum lagi termasuk pen2 dn souvenier yg lain... Masa tu leh lak terjumpa ALiff AF6, Khai n ROsma.. dorang ni duta kat Kolej Allianze... bertuah gak la dpt jpa dorg... n ROsma sgt2 kurus dan cantik sgt.. teruja tgk kecantikkan dia...

Kami kesana dari jal 10 pg sampai 2 petang.. tanpa makan n minum.. dah kuar dr PWTC .. sampai la balik ke TBS.. baru la kami minum n makan.. sgt2 penat.. dah la ari AHad.. smpai umah mmg flat giler2.. hehehe...

Monday, April 9, 2012

Aaron Aziz Bintang Paling Popular 2011

Tamat dah ABP2011... Seperti yg di jangkakan oleh ramai org kerana fenomena Aaron Aziz bermula dgn drama popular Nora Elena dan bersambung dengan Filem Ombak Rindu bersama Maya Karin yg juga memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular 2011....

GENTING HIGHLANDS: Aktor yang cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Ombak Rindu dan KL Gangster, Aaron Aziz memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 sebentar tadi. 

Aaron, 36, warga Singapura yang mula menjadi pelakon sepenuh masa di negara ini sejak lapan tahun lalu, meraih 87,669 undi. Beliau memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla. 

Berikutan kemenangan itu, beliau meraih hadiah utama, kenderaan Nissan Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan Rafflesia-Mandalay berserta trofi. 


Aaron yang kali pertama berlakon dalam drama tempatan berjudul Summaiyah arahan Erma Fatima pada 2004, juga buat kali pertama memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2011 apabila menyingkirkan saingan terdekatnya, Shaheizy Sam, selain tiga finalis lain – Adi Putra, Bront Palarae dan Syamsul Yusof. 


Bagaimanapun, beliau tewas dalam saingan Pelakon TV Lelaki Popular apabila kategori itu dimenangi Fizz Fairuz. 


Trofi Bintang Paling Popular 2011 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohamad Azlan Abdullah, diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid, pada majlis kemuncak ABPBH 2011 di Arena of Stars, di sini. 
Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3, Hot FM dan NSTP e-media. 


ABPBH 2011 ialah edisi ke-25 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti di negara ini yang terbabit dalam bidang perfileman, drama TV, muzik dan penyiaran.



SENARAI PEMENANG ABPBH 2011 

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz 
Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza 
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid 
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz 
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin 
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz 
Penyanyi Wanita Popular – Yuna 
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz 
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha 
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah 
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak 
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias 
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari 
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla 
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan 
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana 
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail 
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana


Sumber : Berita Harian

Saturday, April 7, 2012

Selamat Pengantin Baru Anis...

Selamat Pengantin Baru Anis n Suami.. Anis ni aku kenal masa sama2 belajar di UiTM Shah Alam dulu..  hari adalah hari persandingan dia.. Majlis di adakan di Bora Ombak, Ampang... 
Aku doakan semoga perkahwinan ni kekal hingga ke akhir hayat...




Friday, April 6, 2012

Meatball Carbonara

First time makan meatball carbonara.. gara2 kawan aku yg kenalkan.. dah try td ..leh tahan la rasa nya .. leh wat makanan sampingan malam2 kalo x nak makan nasi.. tapi cost agak mahal gak laaa...

Sumber: google

Bahan2 simple je .. just bawang, capsicum, mozarella cheese, daging cincang, meatball, sausage yg dipotong kecil, susu cair dan prego carbonara...  then campur semua.. pastu bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 35 minit.. then.. DONE.. !!! .. simple je.. leh makan cam tu jer or makan ngan pasta.. mmg mengeyangkan...


Tuesday, April 3, 2012

Baby Kucing - Mia

Anak Jimmy n Wanda 

Mama namakan Mia.. sempena Miasara.. hahaha.. kelakar la mama aku nie


Monday, April 2, 2012

Bowling Second Week

Jumaat lunch hour g BREM Mall lagi... main boling.. huhuhu.. nak praktis coz nnt 21 april ade tournament boling kat Taman tmpt aku tinggal nie.. walaupun tak pandai sgt tapi boleh la ade point...


Kwn2 aku nye result meningkat la dari first week tapi aku maintain jerk.. alahai.. bila la agaknya leh cecah 100 point nie.. Kali ni offer 4games Rm10 jer.. jd sorg 2.50 n sorg lagi pakai student card.. 
Pas abis games.. g makan kat Marrybrown..  kebuluran gak laa.. sbb lmbt sgt makan.. pastu lewat masuk ofis dlm kul 3.. nasib la bos tak bising.. 


Sunday, April 1, 2012

Memasak Di Tengah Malam

Jumaat pas balik keja.. lepak2 jap.. then ke Tesco.. kira2 pas Maghrib.. dan menghabiskan masa di sana lebih kurang 3 jam.. dalam kul 10 baru balik .. pastu baru la kami sibuk nak memasak... Menu malam tu kari daging n ayam goreng je.. ni la firsti time aku masak kari daging.. hehehehe.. aku ni minat kari yg pekat .. memang tak leh lari la ngan cara aku memasak...


Then masa aku memasak tue.. kawan aku membz kan dirinya untuk memotong ayam.. disebabkan harga ayam murah .. so khidmat org yg memotong ayam tak di sediakan.. terpksa la potong sendiri..  Memang kelakar la sebab masing2 tak penah potong ayam.. so main ikut je camne nak potong .. mmg bangga la coz dpt potong 3 ekor ayam dgn jayanya...