Wednesday, June 7, 2023

Firas Amsyar

Hari ni Firas ada appointment dengan PAED.  Papanya yang bawa.  Patut pukul 9.15am tp biasala bila gov akan amik masa juga la. Papa bgtau Firas mengamuk bila masuk bilik doktor.  Doktor ada bertanyakan soalan pada Papa.. setelah di diagnos, Dr minta papa buat kad OKU untuk Firas.  Anak awak autism... 😭😭.. Bila papa maklumkan tadi dah menangis dalam hati.. walaupun memang dapat agak.. ada ciri-cirinya tetap sedih untuk Firas Amsyar.   Sebak sangat dalam dada ni.  

Tak dapat bayangkan masa depan Firas Amsyar.  Walaupun autism adalah common masa kini tapi bila anak sendiri yang di diagnose.. tetap sedih.. 

~ iLLa fYRa ~

Tuesday, November 15, 2022

First Word Firas Amsyar

Jumaat, 11/11/2022 first time Firas Amsyar keluarkan word setelah berumur 4 thn 3 bulan.. Firas memang ada speech delay.. dari umur 2 thn dah hantar ke terapi .. kerajaan dan juga swasta...
.
Allah mmg teruja sangat.. harap lepas ni ada lagi banyak word yang keluar dari mulut dia.. 


~ iLLa fYRa ~