Tuesday, October 25, 2022

Alhamdulillah

Alhamdulillah urusan pertukaran ke Selangor berjalan lancar… start 1 Julai lalu bermulalah tugasan aku di Selangor.. 10 tahun di negeri org bermacam pengalaman telah ditempuhi.  

Awal perpindahan mmg banyak menggunakan duit. Habis semua simpanan dikeluarkan.  Umpama pengantin baru, usahakan cari rumah sewa dekat dgn ofis kerana aku lelah dgn kesesakan lalu lintas yang selama ini aku tempuhi ketika di Pulau Pinang.  Pelan-pelan kami cuba penuhi rumah dengan keprluan asas.  

Suami aku minta jagakan anak-anak dahulu sebelum mula mencari keja, selesai rumah, perlu cari tempat tadika dan day care untuk dua org anak pula, ya duit lagi.. kali ini duit simpanan anak2 pula.  Selepas ini aku perlu menabung semula…

~ iLLa fYRa ~

No comments:

Post a Comment