Selesai sudah program Triple Plus Di Pulau Pinang. Alhamdulillah berjalan lancar. Sambutan menggalakkan. Dengan kehadiran speaker jemputan iaitu Abang Abu (Mekanik Wang), Coach Syuhaib Ithnin (Pakar Perancang Kewangan) dan juga Sifu Fahdi Ghazali (pengasas #FunnelEvo) memang memberikan info yang sangat-sangat berguna untuk keperluan kita bagi menjana pendapatan, cara menguruskan wang dan juga cara memasar produk dan servis di online.
Pendaftaran bermula pada pukul 8 pagi sehingga 9 pagi.
|
Suasana ketika pendaftaran |
|
Suasana di kaunter pendaftaran |
|
Antara peserta program |
|
Antara peserta program |
Persembahan zumba dari staff Pejabat PTPTN Pulau Pinang diiringi lagu Shake It Of dari Taylor Swift sebagai pembukaan majlis pada pukul 9:00 pagi.
Selesai persembahan dari staff Pejabat PTPTN Pulau Pinang, sesi pertama bermula dengan Abang Abu (Mekanik Wang) Mempelajari teknik menggandakan kewangan. Abang Abu ada menerangkan cara untuk memahami keadaan kewangan kita dan juga aliran kewangan .
|
Sesi pertama selepas makan pagi di mulakan dengan Abang Abu.. |
|
Bergambar kenangan bersama Abang Abu Mekanik Wang |
Sesi kedua pula di ambil alih oleh Coach Syuhaib Ithnin iaitu pakar perancang kewangan. Beliau mengajar cara-cara pembentangan jualan berkesan dengan hanya 3 minit sahaja. Sesi tamat pada jam 1.05 petang dan peserta boleh menikmati hidangan makan tengah hari yang disediakan.
|
Sesi kedua bersama Coach Syuhaib Ithnin Pakar Perancang Kewangan
|
|
Sesi terakhir bersama Sifu Fahdi Ghazali, pengasas Funnel Evo |
Sesi ketiga bermula jam 2.15ptg. Kali ini giliran Sifu Fahdi Ghazali.
Beliau adalah pengasas Teknik Funnel Evo. Sesi kali ini lebih
bersemangat dan bertenaga. Beliau membongkor rahsia jualan dengan fb,
instagram, blog dan google. Para peserta di ajar cara untuk live di
laman sosial dan strategi untuk letupkan bisnes. Sesi berakhir lebih kurang jam 5.40 petang.
~ iLLa fYRa ~
No comments:
Post a Comment