Thursday, July 19, 2012

Oreo Cheese Cake Utk Birthday Adik


Setelah bertungkus lumus mencari bahan2 akhirnya dpt gak merealisasikan impian adik bongsu aku yg ingin kan cheese cake.. akibat daripada umah aku yg ketiadaan oven, so terpksa la mencari resepi yg tidak memerlukan penggunaan oven..


Bahan-bahan yg di perlukan adalah..

Bahan A utk base : 120g biskut oreo & 120 g butter

Bahan B : Telur (kuning sahaja) 2biji
Susu Full Cream 125 ml
Gula 120 g

Cream cheese
Wiping cream 250 g
Gelatin
Lemon 
Kiwi (utk hiasan)
Choki2 tuk tulisan atas kek


Mula2 timbang biskut oreo setelah di asingkan krimnya

Then, blander biskut tersebut

Cairkan mentega


Setelah mentega cair, campurkan mentega bersama biskut oreo yg dikisar tadi


Setelah di campurkan.. rata dan padatkan dalam bekas yg anda inginkan.  Selepas itu masukkan ke dlm fridge


Campurkan gula, 2 biji kuning telur dan juga 125ml susu


Cairkan gula yg dicampurkan tadi dengan cara double boiling, kemudian ketepikan


Masukkan cream cheese


Pukul sehingga sebati


Sementara itu, Cairkan gelatin bersama 3 sudu air panas


Kemudian, masukkan wiping cream, gelatin dan bahan B.. pukul sebati


Tambahkan 2 sudu besar air perahan lemon


Akhir sekali masukkan krim yg di asingkan dari biskut oreo dan pukul sebati



Keluarkan bahan A dr fridge dan masukkan pula bahan2 yg di pukul tadi 


Masukkan ke dalam fridge selama 3 - 4 jam 


Setelah kek betul2 keras, mula la menghiaskan kek mengikut citarasa masing2.. kalo x nak kiwi. boleh la guna strawberi.. peach..


Hasilnya 


Adik dan kek yg sudah siap di hias



No comments:

Post a Comment