Sunday, May 27, 2012

Hoore Hoore

Aku mmg peminat cite Melayu.. asal g wayang je mesti nak tgk cite Melayu walaupun ramai yg tak suka tgk cite Melayu yg suam2 kuku tue.. tp aku tetap prefer cite Melayu.. hehehe... 

Tadi.. sepatutnya nak g Himpunan Jutaan Belia kat Putrajaya tapi cancel coz ramai sgt org.. so decide g Mines jerk..


Blh tahan gak la cite ni... menghiburkan.. walaupun para pelakon baru yg masih mentah tapi tetap enjoy...


Release Date2012

GenreMusical Drama

StudioAstro Shaw Sdn Bhd & Real Film Sdn Bhd

Plot Outline
Filem ini mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.  

StarringAkim, kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik , Adibah Noor, Sahronozam Noor, Aznil hj Nawawi, Fauziah Nawi, Nur Shazwana, Afi Faris, Shahila Shariff, Syafiqah Md. Jemey, Mohamad Nabil, Mohd Faiz

Directed BySaw Teong Hin

Written ByShariman Wahap

Screenplay BySaw Teong Hin

Produced ByAstro Shaw Sdn Bhd & Real FilmSdn Bhd


No comments:

Post a Comment