Thursday, May 17, 2012

Aidil Tak Mahu Cerai kan Rita Rudaini?




Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak telah memohon untuk menarik semula kes tuntutan lafaz cerai terhadap pelakon Rita Rudaini di Mahkamah Syariah Daerah Petaling sebentar tadi.

Permohonan penarikan balik kes tersebut difailkan sehari sebelum prosiding berlangsung atas alasan ingin memulihkan semula rumahtangga mereka selain ingin kembali hidup aman bersama isteri dan anak-anaknya.

Dalam prosiding yang sama, pihak plaintif turut memohon defendan agar kembali taat kepadanya

” Saya juga menuntut dia dan anak-anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat dan setia kepada suami,” kata Aidil Zafuan.

Selain itu, Aidil Zafuan turut meminta Rita Rudaini agar berpindah ke rumah beliau yang terletak di USJ 1 bersama anak-anak.

Beliau memaklumkan bahawa rumah yang disediakan oleh majikan amat selesa untuk diduduki serta sesuai dengan pendapatannya yang diperoleh.

sumber : mynewshub


p/s : Semoga rumah tangga mereka dapat di selamatkan.. Aminn...

No comments:

Post a Comment