Saturday, March 10, 2012

Menonton SEEFOOD


Semalam... disebabkan lunch hour yg panjang utk gov, so.. sorg officemate suggest g tgk wayang .. aku on je.. bila dah discuss, kami berempat je yg setuju nak join... semak paper hari tu n cite SEEFOOD yg paling awal iaitu pada pukul 1245... aku mmg x ksh sgt nak tgk cite ape pun.. SEEFOOD ni merupakan filem animasi pertama Malaysia dalam bahasa Inggeris..  pas dah tgk cite ni.. leh tahan gak laa... menarik .. kelakar dan terpesona dengan latar belakang dan pemandangan dalam filem ni.. cantik sangat.. teruja kami menonton .. walaupun ada yg mengatakan cite kartun hanya untuk anak2.. tapi bg aku salah tue.. org dewasa macam kami pun enjoy menontonnya... apa yg penting mesej yg ingin di sampaikan dalam filem nie.. Tapi.. bak kata org.. citarasa manusia tak sama kan.. so kalo nak tau best ke x.. kena la g tonton sendiri...


SIPNOPSIS

Filem SeeFood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup dan Julius akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.
Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut. Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia Man, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.
Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!



trailer

kami

No comments:

Post a Comment