Semalam g Menara KBS (Kementerian Belia dan Sukan) utk taklimat Program Keluarga Angkat.. First time join nie.. g ngan mama.. best gak sebenarnya aktiviti nie.. Pastu dapat tau kami akan dapat anak angkat dari Laos dan Vietnam.. berumur 23 dan 27 tahun.. lebih kurang umur aku so sng la nak berkomunikasi.. hope dorg ni boleh la memahami bahasa Inggeris.. kalo x.. payah gak laa..
Aktiviti Keluarga Angkat Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun adalah sebahagian daripada aktiviti di di setiap negara persinggahan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun. Aktiviti ini merupakan pendedahan kepada peserta program SSEAYP untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat setempat di sesebuah negara. Peserta akan tinggal di rumah keluarga angkat selama 3 hari 2 malam dan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga angkat.
Bagi tahun 2011, Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun akan singgah di Malaysia pada 28 November – 1 Disember 2011. Aktiviti keluarga angkat akan dilaksanakan pada 29 November – 1 Disember 2011.Jumlah peserta yang akan terlibat dalam aktiviti ini adalah seramai kira-kira 290 orang (tidak termasuk peserta dari Malaysia) dan sebanyak kira-kira 145 keluarga angkat
keluarga angkat kapal belia... awak ni bkerja yg bkaitan ngan kapal ke? navy?
ReplyDelete@AMIR
cecitejer.blogspot.com