Wednesday, October 12, 2011

Seminar @ PD Golf & Country Club - Part 1


Tiga hari bermula Jumaat 7 - Ahad 9/10/11 aku, mama n sorg officemate join Seminar kat PD.. mmg blur n tak tau seminar ni mengenai ape.. di sebabkan semua nya free n dah lama tak attend mana2 seminar, so kami pun join laaa.. kami ni di bawah NGO WI (woman institution) bahagian Hulu Langat.. Seramai 40 peserta terlibat. 20 lelaki dan 20 perempuan.. berumur dalam lingkungan 25 - 60tahun.. Memang best sgt .. berkobar2 dan bersemangat semuanya..Selain kami dari Hulu Langat, 2 lagi tempat yg terlibat dari Bukit Mertajam, Penang dan juga Kulai Johor.. so ada tiga team la ... 


Sign seminar


Hari Pertama

Baru sampai
Bilik kami

Bertolak jam 3.15ptg dan sampai sana dalam 4.30 ptg..  sepanjang perjalanan, kami sempat menonton filem Hantu Bonceng.. walaupun dah tgk tapi leh je layan lagi sekali... selepas je pendaftaran, minum petang ..

Pendaftaran
kami pun check in.. leh tahan gak bilik kat sini.. sebuah bilik 3 org.. ngam2 je kami ber3.. Pas check in mmg tak de aktiviti apa2.. so kami pun terus je menukar pakaian dan terus ke swimming pool.. mmg best.. luas n x de org ... senang nak bersantai2 n conquer seluruh kawasan tue...

Bersantai
Malam pas dinner.. baru start sesi taklimat.. just nak inform objektif di adakan seminar nie.. walaupun tak berapa faham tapi leh laa skit2 nak cuba2.. tak kisah la kan.. Taklimat tamat jam 11 malam.. sebelum balik ke bilik, layan supper dulu.. walaupun ringkas tetap leh layan...  Smpai kat bilik bukannya leh terus tdo.. kami ber3 berborak2 sakan.. macam2 cite... n tak sedar bila mata terlelap...

Makan malam

1 comment:

  1. seminar pun sempat melepak tuh... sambil nyelam minum air... like literally! hehehe

    ReplyDelete