Saturday, March 19, 2011

Korea Movie - Oh Su Jung Vs Karl



Drama ke3 yg aku tontoni dari VCD kawan aku.. cite ni penah di tayangkan di 8TV pada tahun 2008. Jalan cerita yg menarik .. wat aku lagi tertarik ngan cite korea.. adus pas ni susah la nak cari supplier lagi coz kontrak pun dah nak tamat.. Para pelakon terdiri dari Uhm Jung Hwa, Oh Ji Ho (pelakon Couple Trouble yg aku tonton sebelum ni).. Tetap 16 episod ..



Sinopsis Drama Oh Su Jung Vs Karl



Sepanjang hidup Man Soo (lakonan Oh Ji Ho) dia hanya jatuh cinta pada seorang gadis yang juga merupakan teman sepermainannya iaitu Su Jung (lakonan Uhm Jung-Hwa). Setelah bertahun-tahun mencuba tanpa mengenal putus asa memikat hati Su Jung, akhirnya dia berjaya membuatkan Su Jung bersetuju mengahwininya.
Bagaimanapun segala usaha untuk memikat hati Su Jung sewaktu di sekolah dan kini bakal menjadi isterinya tidak pernah mudah untuk dilakukan. Sewaktu di sekolah menengah, Man-soo merupakan seorang pemain golf yang mana dia turut bercita-cita menjadi seorang pemain golf profesional.
Tetapi demi menggembirakan hati Su Jung, Man-Soo tekad melupakan cita-citanya dan mengejar impian yang dicipta Su Jung untuk dirinya iaitu menjadi seorang peguam dan diterima masuk ke sekolah perundangan di Universiti Nasional Seoul. Lima tahun berlalu dan Su Jung akhirnya bersetuju untuk mengahwini Man-Soo. Tetapi malangnya, pada hari perkahwinan mereka, Man-Soo mengetahui bahawa dia gagal dalam peperiksaan BAR. Man-Soo ingin merahsiakannya dari pengetahuan Su-Jung tetapi malangnya Su-jung telahpun mengetahuinya lebih awal dan bertindak membatalkan perkahwinan mereka.
Kini setelah lapan tahun berlalu, Su Jung yang berusia 34 tahun masih bujang dan masih bekerja sebagai pengurus di kedai barang kemas yang sama sewaktu dia mula bekerja. Cemburukan nasib teman-temannya yang berjaya mendapat suami yang kaya dan hidup senang-lenang, Su Jung menjadi seorang yang pendiam dan tidak gembira dengan hidupnya.
Walaubagaimanapun, tanpa di ketahuinya dia berjumpa semula dengan Man-soo yang sekarang ini menjadi pemain golf teratas dalam carta U.S PGA Tour.
Akan berjayakah Su Jung untuk mencairkan hati Man-soo semula setelah dikecewakannya dulu? Adakah Man-soo akan memaafkan Su Jung?

No comments:

Post a Comment