"BERTUAH sungguh menjadi haiwan peliharaan pada masa kini. Bukan sahaja terdapat pelbagai pilihan makanan lazat dan aksesori, sekarang ada pula insurans untuk menjamin tahap kesejahteraan hidup teman setia manusia itu.
Pelajar Universiti Monash, Kuala Lumpur, Syaheenaz Abdul Halim mula mengetahui kewujudan polisi insurans haiwan ketika membawa kucingnya, Coco, ke sebuah klinik beberapa bulan lalu.
Tanpa perlu berfikir panjang, gadis berusia 19 tahun itu mengambil keputusan untuk menginsuranskan haiwan kesayangannya.
Tindakan yang mungkin dianggap tergesa-gesa bagi kebanyakan orang itu sebenarnya bukan satu keputusan membuta tuli. Sebaliknya, Syaheenaz berpendapat haiwan seperti juga manusia layak menikmati polisi perlindungan jika berlaku sebarang kecelakaan.
Realitinya, dia pernah kehilangan salah seekor kucingnya, Ollie, akibat dilanggar kereta sebelum ini. Sejak itu, dia mengambil iktibar untuk menginsuranskan Coco.
"Saya tahu polisi insurans untuk haiwan itu satu perkara bagus sebab kos pembedahan Ollie sebelum ini pun pernah mencecah RM1,000," cerita gadis itu di kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bercerita tentang kejadian malang itu, Ollie telah dirujuk ke hospital sebanyak dua kali. Namun, si manja itu akhirnya terpaksa 'ditidurkan' bagi mengurangkan penderitaannya akibat komplikasi pendarahan dalaman yang serius.
Disebabkan itu, Syaheenaz yakin keputusannya menginsuranskan Coco sebagai tepat. Kucingnya itu boleh menikmati hak perlindungan perubatan sepatutnya. Lebih membanggakan, bapa Syaheenaz turut menyokong keputusannya."Klik sini tuk berita penuh - KOSMO
Thursday, July 1, 2010
Insurans Haiwan...???
Pagi tadi tengah membaca kosmo, tup2 terpandang satu artikel yang betul-betul buat aku tertarik.. pasal insurans untuk haiwan .. Wah.. memang berguna gak insurans ni.. antara petikan akhbar tersebut...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment