Monday, June 21, 2010

Ayah, Abah, Papa, Daddy, Bapa


Teringin lak nak wat entri pasal ayah aku.. maklumlah hari bapa baru je lepas kan... Pernah gak aku tanya napa pggl ayah??? bukan abah or papa.. "Ayah" dah jarang-jarang di gunakan.. kebanyakkan skrg nie ramai yg pggl abah or papa... jadi panggilan "ayah" dah kurang di gunakan lagi.. itu jawab ayah aku.. bila di pikirkan memang betul gak cakap beliau tue...


Ayah aku agak tegas walaupun pendiam.. Dia jarang bercakap apatah lagi membebel.. Dia seorg pendengar yang baik.. Masih lagi aku ingat ketika kecil ayah agak garang bila mengajar aku dan adik aku, matematik.. Memang aku akui kerana itula membuatkan aku minatkan matematik and setiap kali exam dari darjah satu sehinggalah tingkatan 5, aku memang score subjek tu. A dalam tangan. Ketika diajar, kena fokus, tak boleh buat salah.. jika salah alamatnya dipukul.. setiap kali aku belajar matematik dengan ayah, pasti sampai menangis2... tapi aku tak nafikan cara itu telah membuatkan aku agak pandai dalam matematik...



Selain itu, ayah juga agak kedekut orangnya.. Jikalau nak minta $$, pasti mama yang kami cari.. Tapi kalo dapat $$ dari ayah memang kami amat gembira sekali sebab agak sukar nak meminta darinya. Ini kerana ayah seorang anak kampung yang hidup susah ketika kecilnya sedangkan mama agak mewah. Jadi dalam famili kami, ayah dan mama mmg agak kontra perangai dan sifat nye.... tapi aku amat bersyukur dikurniakan kedua2nya...


So, aku sentiasa berdoa agar kesihatan ayah di pelihara dan sihat sentiasa.. Happy Fathers Day.. sori x de present sbb anakmu ni penganggur tegar sebelum nie.. hehehehe

No comments:

Post a Comment