Saturday, May 29, 2010

Contest: Bila Blogger Bercuti!

Contest ini di anjurkan oleh ---> klik sini



Bercuti memang wajib tu. Tapi tahun ni macam kurang sikit la sebab buzy. Antara tempat bercuti paling best penah aku pegi ialah ke Singapura. Memang excited sangat sebab first time sampai sana dan paling penting pegi dengan famili. Tapi sebelum ke sana, perkara paling penting yang perlu kami laksanakan ialah uruskan passport and tukar matawang dulu sebab dengar kata kalo tukar di Singapura nilainya kecil.




Kami ke sana 3 hari tapi just masuk Singapura sehari je. Masa tu matawang $1 = RM2.68. Agak mahal tapi barang-barang di sana amat murah jika di bandingkan dengan Malaysia. Banyak gak la membeli belah di sana kerana barang-barang "BRANDED" agak murah berbanding di Malaysia.


Masuk ke Singapura pada waktu pagi tp agak sesak di Tambak Johor. Antara tempat yang kami jejaki ialah Esplanade, Merlion, Orchard Road dan last sekali ke Bugis Street. Bugis Street ni macam kat Petaling Street. Memang best shopping kat situ.








Then pegi Pulau Sentosa. Tempat ni memang menarik dan tenang sangat. Pemandangan kat sana memang cantik, kawasan bersih, dari satu tempat ke satu tempat boleh naik trem. Tu la destinasi terakhir kami di Singapura. Banyak lagi tempat yang belum kaki sampai dan mungkin suatu hari nanti akan kembali ke sana ..



No comments:

Post a Comment